Pages

Saturday, 4 June 2011

Budak-budak muda dengar ke lagu keroncong?

Assalamualaikum..

Wah.entry entah apa2 aje la aku ni..Aku ulang balik.Budak-budak zaman milenium ni dengar ke lagu keroncong ni?Kalau aku buat survey ni,mesti antara 10 orang,seorang je kata dia dengar.Entah-entah orang tu ialah aku sendiri.

Kalau sebut Hetty Koes Endang,belum tentu korang kenal.Bukan Hetty Sarlene tau.Hetty Koes Endang ni penyanyi dari seberang yang memang profesion dia ialah penyanyi lagu keroncong.

Mase aku dok dalam dewan konvo aritu,ktorang tunggu agak lama sebab Law Faculty fac yang last sekali utk amik skrol tu..Berkeroncong gak perut aku dibuatnya.Tetibe mase pertengahan ade budak pmpuan nyanyi lagu keroncong,terus terpikat aku dibuatnya..Tapi bukan terpikat dengan dia,terpikat dengan lagu keroncong la.Lagu pertama yang dia nyanyi ialah lagu yang dipopularkan oleh Salamiah Hassan, tajuk Gelombang rasanya.Lepas tu dia nyanyi lagu Kartina Dahari yang bertajuk Sayang di Sayang.Haa..itu dia.

Isy, macam makcik2 pulak aku ni.Dulu aku selalu kutuk abang aku sebab dia dengar Klasik Nasional..Haha.Kalau abah aku yang dengar takpe jugak.

biola sering dikaitkan dengan keroncong




Tapi walau apapun ia adalah sejenis muzik.Walaupun muzik keroncong selalu dikaitkan dengan orang2 tua, jadi tak salah sekiranya kita generasi muda pun dengar lagu2 macam ni..Daripada dengar lagu rock yang merepek tu kan.

Ha,renung-renungkanlah..









No comments: