Pages

Thursday, 4 August 2011

Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum.

Alhamdulilah, 4 Ogos tahun Masihi ni genap umurku 23 tahun. Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menumpang hidup di bumi-Mu yang sementara ni.Lebih istimewa lagi tarikh lahir aku tahun ni jatuh dalam bulan Ramadhan.

Doa Hari Lahir



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.


Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. 
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. 
Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. 
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. 
Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. 
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku
Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. 
Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besarnya kasih Mu….
Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.

 Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq 
walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.


Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, 
kepada siapa lagi harus aku mengadu? 
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah
namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. 
Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. 
Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. 
Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. 
Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu.

Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. 
pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna,
 tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar 
aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan
yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… 

Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan 
hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar.
Alam kubur itu benar
Hari Pembalasan itu juga benar
Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian
Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan
izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala,
untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. 

Aku ingin menjadi anak, ibu dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… 
Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!..
peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…

Terimalah pemohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

p/s:kematian makin dekat bila umur meningkat, tanggungjawab juga makin berat ^^

28 comments:

aiman said...

23 tahun.. selamat hari lahir asnizaziz.. moga jadi muslimah sejati :)

Luqeem™ said...

sanah helwah!

may Allah bless you always!

asnizaziz said...

@aiman: terima kasih..insyallah

@Luqeem: syukran..aminn

Farah Hani said...

selamat hari tua...nak bg ko adiah durian...bleh x? huhu

asnizaziz said...

@farah: boleh2,pisang pon boleh :D

emy hamizah said...

Selamat HAri Lahir di bulan puasa ini ;) makan kek time berbuka ye

asnizaziz said...

terima kasih emy, nampaknye mcm tula :D

fa-in said...

aminn allahumma aminn.
sanah helwah, barakallahu fik :)

HAJAR hasan said...

selamat hari lahir ! semoga hari lahir di bulan ramadhan ini membawa seribu keberkatan dan hikmahNYa. Ameen~ insyaALLAH. (:

asnizaziz said...

terima kasih fa-in n hajar..moga2 kte semua beroleh keberkatan.insyallah :)

Nurasyiqin said...

selamat hari lahir asni..semoga menjadi insan yg cemerlang bek di dunia mahupun akhirat..=D..

asnizaziz said...

terima kasih syiqin..aminn :)

Nurul Nafisah said...

selamat hari lahir . .
may ALLAH bless u . .
seronoknyer samabut hari lahir time Ramadhan . . ^^

asnizaziz said...

@nafisah..terima kasih banyak2..alhamdulilah tahun ni besday bulan ramadhan..moga2 dapat lebih keberkatan :)

Hidayah bt Zainab said...

selamat hari lahir [=

asnizaziz said...

@hidayah:terima kasih :)

hikari said...

selamat hari lahir =)
semoga dgn bertambahnya usia,
anda semakin dekat dgn Allah.
May Allah bless.

asnizaziz said...

@hikari..terima kasih..itu yang selalu diharapkan :)

Aqeela LaEn :3 said...

amin . moga dipanjangkang umur dan sihat sentiasa .

cik tehaa said...

:selamat hari jadi asni! :D semoga Tuhan berkati segalanya ye..amin..

asnizaziz said...

thanks lala dan teha..aminn :)

sergeant keroro said...

selamat hari lahir yang terlewat wish :P

asnizaziz said...

terima kasih sergeant :D

[sutera kasih] said...

happy belated birthday dear..sama birthday dgn mak saya :)

asnizaziz said...

@syaza:thnks syaza..wah next year boleh potong kek sama2 dgn mak awak :D

LyaLuna said...

eh eh ehh. hapi blted besdayyy okayhhh >.< may Allah bless u owezzz. njoy life fulfill :)

http://yanadimple.blogspot.com/

iMBobo said...

happy belated birthday! hehe

asnizaziz said...

thnks luna n bobo :)