Assalamualaikum.
Sepanjang 7 minggu pengajian bermula ni, saya cuma sempat mengupdate blog 2 ke 3 kali je. Makanya blog ni hampir-hampir bersawang jadinya. Nak blogwalking pun tak sempat, sempat pun jeling2 je. Ni pun curi2 masa.
Pernah satu ketika, sampai terlupa hari. Hujung minggu ke tak hujung minggu, jadual penuh. Nak basuh kain baju pun tak sempat #CehAlasan.
Sejujurnya saya merindui rumah. Bukan rumah (to be exact) tapi isi rumah, mak, abah dan adik-adik. Haishh, dah besar2 macam saya ni pun homesick. Saya rindu nak makan lauk asam pedam air tangan mak saya. Saya rindu nak makan roti canai adunan mak saya. Saya rindu katil saya. Saya rindu kelajuan internet di rumah. Saya rindu borak2 macho dengan abah saya. Saya rindu nak gaduh dengan adik-adik saya.
Saya rindu. Huarghh,bila nak cuti ni?
Tiada mood untuk menyelak buku. Semua test(ujian) kena dihadapi sebelum cuti mid term bermula minggu depan. Setakat ni, baru jawab 2 paper iaitu, Advanced Criminal Procedure II dan juga Advanced Civil Procedure II. Sabtu ni pula ada test Law of Evidence II dan pada hari ahad pula mid term exam untuk subjek Bahasa Melayu. Kan, saya mana ada hujung minggu. Semua penuh. So, tak payah nak ajak saya date time tu.
Ok saya mengarut.
Tapi bagus juga hujung minggu penuh kalau tak saya akan melakukan aktiviti lagha di bilik, seperti berhibernasi secara berlebihan ataupun menonton movie di laptop secara marathon. Malas nak keluar sebab panas, nanti muka sunburn macam fa-in.haha
p/s: wish me luck for this incoming tests! Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Insyallah.


26 comments:
lama tak menjengah di sini..
homesick ye.. takpe, curi2 la masa balik rumah weekend :)
dpt makan asam pedas n roti canai mak . huhuhu
and lama jugak tak comment kat sini..:D
amboi busy nya dia
gud luck amoyy...
@amna:tgu cuti mid sem mgu depan,yuhuuuu
@mocha:hehe samalah kita :D
@ain: tahu takpe, busy mengalahkan menteri
@aniki: tenkiuuu :)
asam pedas....yummie
aku cuti ni, tido je memanjang... nk balik jauh kot.
sama lh kiter bila start blaja mcm nie.blog jadi terbiar.cian dia kn waaa...fuh test xyah cakap berlambak giler haih =,='
miss u to sis <3 . huhu t blik uma aq bwk jln2 nk kete oke :)
walaupun kita sekeluarga kita tak pernah tau mak awak pandai tebar roti canai.. hohohoho... hebat naa nek sedara saya...
alololo
cian die
nnti ada waktu lapang balik la na =]
stdy baik2 ye =]
@aniz:yummy kan :D
@fattah: untunglah dah cuti :(
@suza: haishh, tahu takpe,sabar jela kan.
@wien:haha,yolah,x sabo nak balik ni.
@dhuha:alhamdulilah dpt mak yg hebat.hehe
@aimie: tgu cuti baru bole balik :(
salam...
saya pon sama..lama xupdate blog sebab bzi..
apa-apa pon kita kna cari masa untuk bersama famili kita...Ia adalah anugerah yang tak ternilai dalam hidup kita...
kerjaya sorang mahasiswa memang begitu hehe..hujung minggu neh umpama cuti setahun..hehe coz nikmat je dapat bangun lewat, xde asignment dan macam2la hehe
good luck untuk next exam ye~
biasalah pengorbanan sebagai pelajar!
balik rumah jumpa family menag ubat terbaik utuk tekanan.. memang release stress habis la.. aniway.. gd luck in whatever you do.. be strong.. =)
@ariesyah:wslm.betul tu,sy sokong :)
@syuxer:untunglah ada hujung minggu,huhu
@dhiera:terima kasih! harap pengorbanan berbaloi :)
@mira_nas:yup, i'm strong enough,hehe
all the best!
amboi,haha~
sunburn dah nak ilang yeay,berkesan jugak seminggu sy tenyeh2 krim kat muka :P
all the best!
yela.. apa pun buat yang terbaik ye utk exam :)
2 minggu, kejap je tu..
sama la kita. 2 minggu lg nak chaw dari kampus ^^
@anisa:tq!!
@fa-in:haha,tenyeh lagi, tenyeh lagi :D
btw thanks!
@amna:2 bulan lagi nak chaw terus dari kampus :D
good luck dear..
kite same.. selalu homesick.. :(
sama la kita dear..blog bersawang..btw gudluck tau. n tak lupa ucapan Selamat berAidiladha..hehe
home sick ajo..hehhe. been bz,we who gone through it knew better..
Good luck yaaaaa... ohya makasih ya atas do'anya
salam dik,
sis doakan semuanya dipermudahkan ya :)
Post a Comment