Pages

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Monday, 28 November 2011

Exam is Coming Soon!

Assalamualaikum wbt...kepada kawan2 yang akan menduduki peperiksaan..ingin saya di sni juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan ingin berkongsi sedikit amalan2 untuk mereka yang bakal menjawab peperiksaan...

Mulakan setiap usaha dengan Bismillah

بسم الله الر حمن الر حيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Doa penerang hati

أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat

dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha

Pengasih lagi Maha Penyayang

- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di

bilik peperiksaan. -


Doa apabila terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -


Doa minta tambah ilmu

آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا

Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat

dengan ilmu yang engkau kurniakan kepadaku,

Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna

untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan

- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -


Doa mendapat petunjuk

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati

kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berikanlah

rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa

mendapat petunjuk. -


Doa mudahkan hafalan

آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ

وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ

Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan

hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang

menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai

Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan-
Btw, saya exam bulan 1, tapi test dan assignment berlonggok bulan 11 dan 12 ni.Hee

Thursday, 27 October 2011

Kesibukan dan Anda

Assalamualaikum.

Sepanjang 7 minggu pengajian bermula ni, saya cuma sempat mengupdate blog 2 ke 3 kali je. Makanya blog ni hampir-hampir bersawang jadinya. Nak blogwalking pun tak sempat, sempat pun jeling2 je. Ni pun curi2 masa.

Pernah satu ketika, sampai terlupa hari. Hujung minggu ke tak hujung minggu, jadual penuh. Nak basuh kain baju pun tak sempat #CehAlasan.

Sejujurnya saya merindui rumah. Bukan rumah (to be exact) tapi isi rumah, mak, abah dan adik-adik. Haishh, dah besar2 macam saya ni pun homesick. Saya rindu nak makan lauk asam pedam air tangan mak saya. Saya rindu nak makan roti canai adunan mak saya. Saya rindu katil saya. Saya rindu kelajuan internet di rumah. Saya rindu borak2 macho dengan abah saya. Saya rindu nak gaduh dengan adik-adik saya.



Saya rindu. Huarghh,bila nak cuti ni?

Tiada mood untuk menyelak buku. Semua test(ujian) kena dihadapi sebelum cuti mid term bermula minggu depan. Setakat ni, baru jawab 2 paper iaitu, Advanced Criminal Procedure II dan juga Advanced Civil Procedure II. Sabtu ni pula ada test Law of Evidence II dan pada hari ahad pula mid term exam untuk subjek Bahasa Melayu. Kan, saya mana ada hujung minggu. Semua penuh. So, tak payah nak ajak saya date time tu.
Ok saya mengarut.

Tapi bagus juga hujung minggu penuh kalau tak saya akan melakukan aktiviti lagha di bilik, seperti berhibernasi secara berlebihan ataupun menonton movie di laptop secara marathon. Malas nak keluar sebab panas, nanti muka sunburn macam fa-in.haha

p/s: wish me luck for this incoming tests! Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Insyallah.

Saturday, 10 September 2011

Sedikit Masa Saja Lagi

Tik tok tik tok
Menghitung hari
Menghitung jam
Menghitung waktu

Sedikit saja lagi ia akan bermula
Aku mahu ia cepat berakhir
Tapi ia baru bermula
Oh apakan daya

Cuti panjang bakal lewat
Cepat atau lambat
Tiada daya untuk menolak
Perjuangan harus diteruskan

Doakan keselamatan sepanjang laluan
Doakan kesejahteraan sepanjang hidup
Doakan kejayaan dunia akhirat

Tapi doa harus diapit bersama usaha
Usaha takwa mulia
Eh dah macam motto Uitm

Bakal kembali ke ibu negeri Selangor
Bakal menghadiri kuliah
Bakal bangun lebih awal daripada biasa
Bakal tidur di dalam kelas?
Oh tidak!

Mawar nama diberi
Bakal menjadi penempatan kami
1 sem saja lagi
Jadi apa lagi?
Kemas barang pun tak siap-siap lagi!



p/s:esok dah nak balik u, bakal merindui rumah,mak abah dan adik-adik, sobs2..
p/s:tak lupa juga pada kelajuan internet di rumah.

Sunday, 19 June 2011

Fear Factor

Semalam result exam kuar..Result exam adalah salah satu fear factor bagi aku, 

tak tahu la pulak orang lain macam mana. Aku hampir-hampir lupa yang result 

keluar semalam..so,aku relax2 je.Nasib baik kakla ingatkan.


Dup dap,dup dap. Memang berdebar sedebar-debarnya.Takut ada sangkut 

paper.Tapi kalau ada sangkut pun, tak boleh nak buat apa. Still kena carry gak. 

Lagipun sem ni memang tough,apatah lagi sem hadapan.Sabar ajelah.


Bismillahirrahmanirrahim....aku check email pagi Jumaat yang mulia itu,sebab 

UiTM memang hantar result exam kat email.


Dup,dap. Jantung berdebar lagi.

fear is everywhere
1,2,3..Aku buka mata yang aku pejam dari awal.Mula2 check subject Evidence 

Law dan Criminal dulu.Cukup2 makan saja untuk killer papers ni.Alhamdulilah

semua lulus.


Untuk 9 subjek sem ini, ada la A-,ada la juga B-, dan tak kurang juga ada C 

seperti yang disebut di atas.ABC pun sodap jugak.


"Aku takkan berhenti mengucapkan syukur kepadamu Ya Allah atas limpah 

kurnia yang telah Kau limpahkan kepada aku, keluarga,saudara mara dan  

sahabat handai. Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah".


p/s:To all my firmmates-congrats for the result,let's  work smarter 

next semester. SP Miss u guys<3

To all my LLB friends, let's this result become the beginning of our journey for 

next sem.Can't wait to see you guys.

Thursday, 19 May 2011

Konvo Pertama=)

Assalamualaikum=)

Alhamdulilah, konvo pertama aku dan kawan2 BLS da pon selesai semalam..konvokesyen sesi pagi memang betul2 menguji kesabaran kami..manakan tidak..keluar saja daripada dewan semalam..panas mentari yang terik dah pun menunggu kami(haha tersastera pula)..biasela kalau da nama pon sesi pagi mestila abes tengahari..xkanla keluar2 dewan tetiba salji pulak..kalau camtu nampak benar menipunya..haha

Owh lupa pulak nak cerita apa yang terjadi sebelum tu..