Pages

Showing posts with label nak sihat. Show all posts
Showing posts with label nak sihat. Show all posts

Tuesday, 6 September 2011

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban Rara Zikry

Assalamualaikum.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya ialah sihat sebelum sakit.

Rara Zikry atau Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry). Mungkin ramai dah tau kisah dia. Cantik dan sempurna ciptaan Allah ni. Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma, hidup Rara terus bertukar 360 darjah. Siapa dapat sangkal kuasa Allah bila menghendakkan sesuatu terjadi? Bila tiba saat itu, kita tak dapat berbuat apa. Tentu ada rahmatnya. Percaya dan yakinlah.




Sumbangan boleh dibuat ke akaun ibu Rara:

Maybank Account Holder Name: Zarina Binti Amir 
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL
*Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @    012-3603509 begin_of_the_skype_highlighting            012-3603509      end_of_the_skype_highlighting or email zarinazikry@gmail.com for further infos. 

Page facebook yang dikendalikan oleh sepupu Rara, Contribution for Rara Zikry's medical expenses.



p/s:setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan kita menghukum seseorang dengan merasakan diri kita yang paling baik. Kita bukan siapa-siapa untuk menilai orang lain.

Wednesday, 6 July 2011

Sejauh mana kerabunan anda?

Salam.

Hari ni aku nak bagi tips untuk menerangkan/ mencerahkan mata.Aku bukanla pakar dalam hal2 mata ni tapi cuma nak berkongsi saja. Aku adalah manusia  rabun  satu-satunya dalam family aku. Aku je yang dalam family pakai spec, nampak janggal je. Itupun aku start pakai spec masa nak masuk UiTM sedangkan sebelum tu dah tau diri sendiri ni rabun tapi cakap kat diri sendiri yang aku boleh hidup tanpa spec. Tapi last2 aku pakai jugak sebab tak tahan sakit kepala. Dan aku bukan rabun biasa-biasa je. Aku rabun silau bercampur pulak dengan sedikit rabun jauh. Tapi silau tu lagi ketara la.

Ikut Artikel yang aku baca kat Kosmo,ada 2 sebab kenapa silau ni terjadi.

Pertama

Silau berpunca daripada astigmatism( penglihatan menjadi kabur pada semua jarak sebab kornea atau kanta tak sekata)

Bayangkanlah aku tanpa cermin mata,dengan silau mata kanan aku nak dekat 400, sebelah kiri lebih kurang 350 (last aku check tahun lepas), nampak memang nampak tapi kaburla macam gambar kat atas ni. Kalau time lecture tertinggal spec, baik tidur aje sebab sakit kepala tak tahan silau. Scary merry.

Kedua

Keradangan atau jangkitan mata.

Aku tak pasti masalah silau aku ni berpunca daripada pertama atau kedua sebab aku bukan pakar. Tapi mungkin kedua-duanya sekali. Dulu masa zaman kanak-kanak, aku memang suka tengok tv dekat2, lepas tu kalau mata gatal, suka gosok kuat2.

Kesan silau pada diri

Sakit kepala, mata letih dan silau kronik.In short, akan menyukarkan penglihatan secara normal sebab akan selalu sakit kepala kalau tak pakai spec. Lagi satu, orang yang rabun silau akan mengalami kesukaran kalau nak drive malam-malam.Aku waktu siang pun tak drive apatah lagi waktu malam.Aha.

mak aih,silaunye mata


Perkara yang boleh dilakukan:
1. sabar jela.pakai je spec tu sampai tua.
2. buat pembedahan mata untuk implan kanta
3. rawatan laser
4.banyak makan makanan yang banyak vitamin A macam betik, carrot etc
5.Tips baru dapat-amalkan membaca  4 Kul (Surah an-Nas, Surah al-Falaq, Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Kafirun) ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur. Sambil2 tu niatla supaya Allah terangkan penglihatan mata kita. Insyallah.

Sebenarnya banyak lagi tips, tapi cuma rajin tak rajin je nak amalkan.Doa-doakanla ye moga2 aku tak perlu pakai spec sampai tua. Tak tahu kenapa, mungkin tak sedar diri mata memang rabun.Ataupun tak selesa ada benda alah kat mata ni, maksudnya spec la.

Kepada anda yang mata sihat walafiat, tak bermakna anda tak perlu jaga kesihatan mata. Peliharalah sementara masih elok lagi ye. Sama-samalah kita usaha ke arah tu. Mata pun kena bagi makanan juga.

:)