Social Icons

Pages

Friday, 6 December 2013

kechewa

Assalamualaikum.

Lamanya rasa tak mencoret sepatah dua kata kat blog aku ni. Hampir terlupa yang aku ni ada blog ghupanya.

Hmmm pernah tak rasa marah, geram, sakit hati, kecewa, dengki dan sebagainyalah. Tipulah tak pernah kan. Nama pun manusia, lainlah awak tu kucing. Ehh

Manusia tak boleh lari daripada berdepan dengan situasi2 atau perasaan 2 kat atas ni. Tapi sedar tak korang sebenarnya perasaan yang tak best macam tu selalunya syaitan yang cetuskan.

Bersukarialah syaitan bila manusia ni ada perasaan tak best macam tu. Lagi senang la depa nak cucuk jarum. Haih.

Haih. Aku pun pernah sakit hati marah tapi aku ni jenis marah kejap je sebab aku jenis cepat cool. Harini bengang esok dah lupa dah. Takde maknanya nak dendam kesumat 7 keturunan sumpah itu ini. Huhu

Entahlah ek. Manusia ni kita tak boleh nak jangka sebab yela kita selalu husnozon (berbaik sangka) tapi kadang2 kita tersedar rupanya orang baik2 dengan kita rupanya ada makna (dialog cerita P Ramlee) Ada motif.

Dalam hidup ni kalau kita rasa dipergunakan rasanya boleh kot buat karangan biografi macam masa sekolah dulu bertajuk "aku seorang manusia yang loser".

Huhu sebenarnya aku tengah sedih pasal sesuatu. Tapi takpela Insyallah ada hikmah semua ni. Mungkin Allah nak gantikan pelangi indah selepas Allah turunkan hujan.

Semoga Allah merahmati kita semua. Jangan lupa titipkan doa kepada saudara2 kita di Kemaman dan Kuantan. Moga bah cepat surut dan semuanya baik seperti biasa.

Sampai bertemu lagi. :)

Wednesday, 13 February 2013

Save the Date [15 Mac 2013]

Assalamualaikum.

Semasa aku menaip entri ini aku sedang tersenyum. Tahu mengapa? Hampir 9 Bulan tak ada langsung entri di blog ini selepas entri yang terdahulu. Aku sangat sibuk. Mak n abah je yang tahu betapa sibuknya nak menghabiskan chambering ini. Ya Allah terima kasih Ya Allah. Habis juga akhirnya chambering ni tanggal 27 Disember lalu. Haaaa

Mana taknya balik-balik rumah je cakap kat mak, "Mak, penatla, penatla nak berhenti la tak mampu dah. stress la. blablablabla" Mak kata, "Sabar, sabar. Positiflah. Kejap je masa berlalu nanti" 

Dan betul cakap mak. 9 bulan tu dah berlalu dengan jayanya. Alhamdulilah.*bunyi fireworks*

Oh ya, tanggal 15 Mac 2013, dengan bangganya [atas sokongan mak abah, famili, adik beradik. saudara-mara, kengkawan etc] akhirnya aku akan didaftaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Muar, Johor. Fuhh lap peluh

Dah lama tak menulis ni. Rasanya kena asah bakat menulis ni dalam next entry kot. Next year ke :p Baru perasan banyak betul perubahan kat blogspot ni. Macam-macam ado. Tapi diri aku tak ada perubahan apa-apa pun. EYEBAG makin tebal ada lah.

Sesiapa nak minta tips, bolehlah tweet saya ya. #promote twitter.com/asniza_aziz Nak minta rebate, mintak kat Najib eh