Social Icons

Pages

Thursday, 27 October 2011

Kesibukan dan Anda

Assalamualaikum.

Sepanjang 7 minggu pengajian bermula ni, saya cuma sempat mengupdate blog 2 ke 3 kali je. Makanya blog ni hampir-hampir bersawang jadinya. Nak blogwalking pun tak sempat, sempat pun jeling2 je. Ni pun curi2 masa.

Pernah satu ketika, sampai terlupa hari. Hujung minggu ke tak hujung minggu, jadual penuh. Nak basuh kain baju pun tak sempat #CehAlasan.

Sejujurnya saya merindui rumah. Bukan rumah (to be exact) tapi isi rumah, mak, abah dan adik-adik. Haishh, dah besar2 macam saya ni pun homesick. Saya rindu nak makan lauk asam pedam air tangan mak saya. Saya rindu nak makan roti canai adunan mak saya. Saya rindu katil saya. Saya rindu kelajuan internet di rumah. Saya rindu borak2 macho dengan abah saya. Saya rindu nak gaduh dengan adik-adik saya.



Saya rindu. Huarghh,bila nak cuti ni?

Tiada mood untuk menyelak buku. Semua test(ujian) kena dihadapi sebelum cuti mid term bermula minggu depan. Setakat ni, baru jawab 2 paper iaitu, Advanced Criminal Procedure II dan juga Advanced Civil Procedure II. Sabtu ni pula ada test Law of Evidence II dan pada hari ahad pula mid term exam untuk subjek Bahasa Melayu. Kan, saya mana ada hujung minggu. Semua penuh. So, tak payah nak ajak saya date time tu.
Ok saya mengarut.

Tapi bagus juga hujung minggu penuh kalau tak saya akan melakukan aktiviti lagha di bilik, seperti berhibernasi secara berlebihan ataupun menonton movie di laptop secara marathon. Malas nak keluar sebab panas, nanti muka sunburn macam fa-in.haha

p/s: wish me luck for this incoming tests! Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Insyallah.

Friday, 14 October 2011

Wordless Friday: Syariah Law vs Civil Law