Pages

Thursday, 11 August 2011

Kenapa Kita Asyik Merungut?

Salam alaik.

Pernahkah dalam hidup anda2 semua anda merungut, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja? Lihat situasi di bawah:

Situasi 1

Panasnya cuaca. Apsal panas sangat ni? Abes cair make up I....
(Dan ingatlah neraka lagi panas la, ini baru panas dunia)

Situasi 2

La,hujan pulak, tak kering la baju aku nanti,penat aku basuh 2 hari 1 malam baru siap....
(panas salah, hujan salah, hujan kan rahmat, lagipun yang basuh baju tu sebenarnya mesin basuh, bukan kau menyental pakai tangan pun)

Situasi 3

Apa ni, masak tak sedap ni, kurang garam, kurang kicap,kurang segala-galanyalah, aku masak lagi sedap daripada kau la! Hampeh
(bersyukurlah dengan apa yang ada, orang kat Afrika tu belum tentu makan, kau yang baru rasa tekak tawar sikit je dah complain bagai nak rak, kan bagus tawar, jaga kesihatan, janganlah masin sangat)

Situasi 4

Apsal kereta kat depan ni lambat sangat bergerak, da macam siput aku tengok. Dia tak tahu ke aku ni dah lambat nak g kerja, nanti bos marah aku, bukan marah dia.
(Dah kau yang keluar rumah lambat nak salahkan orang pulak, biarlah kereta depan tu nak gerak lambat macam kura2 tempang pun, dia bos takpelah)

Situasi 5

Berapa lama lagi kita nak dok kat rumah yang macam muzium ni, tak lama lagi nak runtuh pulak tu. Tak class la dok rumah macam ni
(Kalau macam tu, pindahlah kat muzium)


p/s:sekadar peringatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian, yelah manusia biase mana boleh lari daripada merungut ni. tapi kenalah cepat2 sedar, bersyukur sentiasa. Aku pun geram ni tengah taip2 entry ni, tetibe laptop mati,grrrrr...opss termerungut sudahhh


30 comments:

aiman said...

hmm.. kena bersyukur.. jgn kufur.. :)

adanhayad said...

name pun manusie, merancang pun tak sempurna. so bile hal2 yg mendatang2kan rungutan camni kene la buat plan b! nnt kluar ayat "nasib baik aku...." bole elak merungut dan kufur nikmat. :D

asnizaziz said...

@aiman:betul..kena bersyukur

@adan:idea yg bagus, terima kasih sbb ingatkan :D

Princess Feyqa said...

hehe sumtyme fyqa pon merungut gak huk3 tp yela kte kena sedar itu sbnrnye ujian kte sbgai hamba-NYA kan :)

Solihin Zubir said...

panas merungut.. hujan merungut.. abis.. nk apa lg? smua x kena? haha..

JIJI YU said...

dan sedikit sahaja dari golongan hamba yang reti bersyukur apa adanya

Syuxer said...

normallah bila manusia merungut..^^..nama pun emosi heheh

iMBobo said...

dapat kita muhasabah diri skejap disini :D

mahfudzah said...

terima seadanya pa yang jadik dalam hidup kita kann..semua tu ujian dari Allah..kita kene fikir yang positif je kan:)

asnizaziz said...

@feyqa:betul, kena cepat sedar..

@SZ:apa pun tak bleyy..huhu

@JIJI:betul, tak ramai yg bsyukur

@Syuxer:ye, emosi la katakan

@iMBobo:jgn tak muhasabah :D

@mahfudzah:betul, semua uiian Allah, redha jela

hikari said...

situasi 4 selalu terjadi..
insaf2

Hami Asraff said...

Manusia, insan yang harus sentiasa diingati :)

asnizaziz said...

@hikari:same2 la kte insaf T_T

@hami:wah tak sangke anda akan komen disini, benar manusia adalah insan yg sebegitu rupa T_T

Edy Zaidi said...

manusia tidak pernah puas

emy hamizah said...

kte jgn mengzahirkan sgt rase xpuas hati. simpan dlm hati n bersyukur ;)

fa-in said...

usah merungut utk kepentingan sendiri saja.
merungut harus kena pada tempat. tp kalu org merungut berkaitan kebesaran Allah mmg melampau. :)

asnizaziz said...

@edy:memang, tak pernah rasa cukup

@emy:kena sentiase bersyukur

@fa-in:betul, kalo merungut psl kebesaran Allah, ade something wrong somewhere la tu.nauzubillah

ENCIK TIKUS said...

uishhh... power.. kak... power...

asnizaziz said...

@encik tikus:hape nya yg power??

Siti Arfah said...

Nice entri. :). Perlu slalu brsyukur apa adanya. Alhamdulillah.

[sutera kasih] said...

Nauzubillah drpd menjadi seorg yg kufur nikmat huhu

Anyyss Shuhaimi said...

manusia tak pernah puas dgn sesuatu kan? :)

asnizaziz said...

@siti arfah:alhamdulilah syukur :)

@syaza:moga2 kte sentiasa beringat :D

@anyss:betul tu

Ratu Tak Cantik said...

we should first look at purselves before start complaining and making negative thoughts :)
p/s: tq for coming by n drop comments :)

nabillah_sapar said...

hehehe..
sangat comel la..:)
betul ape yg cik ckp tu kan..
manusia nie susah betul utk bersyukur..
sbb tu lah Allah sentiasa menguji hamba2Nya utk lihat sampai bila hambaNya tu nk merungut je..:P

~cik atin~ said...

itulah dye antare karenah manusia. ade je yang tak puas atynye...

miZz_nizZ said...

kna bersyukur..br la idup dbrkti

rudy_nizam said...

tu la manusia ni kuat merungut nasib baek sy x penah merungut... =p hahaha

"...Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesusahan bagimu..."
~al-Baqarah 186~

Umi Asura Sanusi said...

"Panasnya cuaca. Apsal panas sangat ni? Abes cair make up I...."

kalau dekat neraka bukan takat cair make up tu, siap hangus lagi muke..

betul3x..kite hidup kena bersyukur dengan apa yang kita dapat, dalam apa pun situasi.

asnizaziz said...

@ratu:welcome ^^

@nabilah:tak bestla idup ni kalo takde dugaan kan ^^

@cik atin:nama pon manusia T__T

@rudy:yeke tak penah merungut :P

@umi asura:bersyukur apa adanya.Alhamdulilah :)