Pages

Tuesday, 2 August 2011

AngryBirds Oh AngryBirds

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa.

Apa habaq? Dalam beberapa hari ni, sejak dah tak berkerjaya ni, time aku lapang je mesti aku main 1 game ni. Aku ni jenis setia. Kalau aku main 1 game ni, aku main 1 game tu je sampai pengsan.

Kadang-kadang terdetik juga kat hati aku ni, bilalah cuti sem nak habis ni, lama sangat cuti sampai 4 bulan, boleh mati kutu dibuatnya. Tengok tu, tak bersyukur. Bila pihak universiti tak bagi cuti, bising, complain. Bila bagi, ha ambik kau cuti 4 bulan. Nasib baik haritu aku kerja sekejap, dapatlah meredakan kebosanan yang melanda diriku ini. Oh, aku bukan tak bersyukur, aku kan cuma manusia biasa. Manusia kan mudah lupa diri. *Gedik*

Ok sambung balik pasal cerita main game tu. Sebenarnya aku main game Angry Birds. Kalau dalam Bahasa Melayu maksudnya Burung-burung yang Marah. Tapi kenapa burung tu nak marah? Sebab telur burung tu dicuri haiwan lain yang tak bertanggungjawab iaitu khinzir. 



So, disebabkan itu, burung yang marah ni bertindak untuk melastik si pencuri telur burung ni. Disebabkan aku tak pandai terlalu pandai menggunakan lastik, maka aku stuck kat level 10 je..haha


Lepas tu, yang sakit hati main game ni,kalau kau stuck kat level tu, kau kena la cuba beratus kali utk lastik 'haiwan hijau' kat atas ni barulah naik level seterusnya. Pastu paling yang sakit hati, kalau kau tak dapat lastik 'haiwan hijau' tu mesti dia gelak sinis kat kau. $%^&^&*&@@+

Angry Birds: come on bebeh
Si Khinzir (kaler hijau): heheheheh

Huhu,pesanan kepada diri sendiri n orang lain yang turut sama bermain game Angry Birds ni, seriously game ni melekakan, semua game actually melekakan. Sebab selagi kau tak menang atau naik level seterusnya,kau akan naik geram dan akan menghabiskan masa depan PC atau laptop berjuang bermati-matian. Game punya pasal.

Game, game jugak. Puasa jangan lupa. Sesiapa yang nak game ni, pergi download sendiri ye, game ni pun aku ambik kat abang aku.

p/s:aku malas dah naik main game ni, lepas raya baru nak main kot.Entah.

14 comments:

aiman said...

sy pun da main.. da habis pun.. hehe

Umi Rasyidah Rahmat said...

best ker.... saya nak try arr... hehehe... da la skrg ujian mid term... kehkehkeh...

asnizaziz said...

@aiman:wah,hebat2..kena minta tips nak melastik haiwan hijau ni.huhu

@umi:best juga la,lain drpd yang lain :D

G3-lina said...

mmg la sangat skit ati maen benda alah ni.. tapi.. saya da abes da!!! haha.. best la benda ni.. dia ajar kita jadi lebih sabar n sedikit sebanyak buat akal kita ni bergerak.. secara tak langsung kita mesty fikir,' nak buat mcm mana utk lepaskan level ni??

**game ni baik untuk budak2 yg tak minat mathematic. boleh asah minda~

Luqeem™ said...

klu x dpat asyik kne ulang je..tensen gak la..huhu

~ AIDANISA ~ said...

as, org pun maen!!! hahaha

asnizaziz said...

best kan korang game ni? tapi itulah sakit hati sebab stuck kat level 10..huhu..mungkin kena lebih banyak practice n bersabar ^^

kotak bulat said...

kb bukan penyabar.. :(
main kejap pastu sakit ati..da skit ati, tak main da..hehehe

wafa azman said...

hii,

dh lame tak main game.. tp kl start main mesti takleh nk stop punye..hiihii

F A T I H A H M U R A said...

Betul... main angry bird ni memang menyakitkan hati .. hehe... menguji kesabaran..

Syuxer said...

hahahha saya x men pun game neh..saya men game city ville dalam fb je..hehe

PeRmAtA bIrU said...

hahahhah.. betul main game memang melekakan.. kalau boleh nak sampai level paling atas.. dah lama stop men game.. kalau x.. x mau tinggalkan laptop walau seminit.. mampus kena marah nanti.. hahhahha... :)

[sutera kasih] said...

sy baru kt level 4..tak naik2 lagi..aduiiiiiiii

asnizaziz said...

siapa yg sabar je boleh main game ni..teruskan berusaha ye..hehe XD