Pages

Showing posts with label terawih. Show all posts
Showing posts with label terawih. Show all posts

Monday, 8 August 2011

Dugaan Menjadi Cik Iza

Selesai solat terawih....................

Seorang gadis ternampak karipap disediakan sebagai hidangan moreh pada malam itu. Dia lantas duduk menikmati juadah yang disediakan ditepi kaki lima surau.

"Wah,sedapnya karipap ni.Alhamdulilah"  Gadis itu menikmati karipap tu sambil menghirup air teh yang masih panas.

Tiba-tiba..

"Cik Iza, cik Iza" Siapa pulak panggil aku ni. Gadis itu lantas menoleh ke belakang.

"Oh korang rupanya. Nak apa? Cik Iza kan tengah makan ni" Gadis itu meneruskan suapannya.

"Jomlah balik, dah sepinggan Cik Iza makan karipap tu. Sudahlah tu" kata si Kecil, si Abang mengangguk setuju.

"oh, nak balik ehhh. Ok jom balik jom" kata si gadis sambil membungkus karipap ke dalam sehelai plastik yang disediakan.

Si Gadis mengharapkan perkara di atas berlaku, tetapi sebenarnya...........

Selesai solat terawih....................

"Ya Allah, mana budak2 ni, tak senang duduk dibuatnya"  si Gadis cuma memandang sepi pada air teh, karipap dan juadah lain yang disediakan. Hatinya mengenangkan anak2 saudaranya yang tidak kelihatan kelibat mereka  usai solat terawih tadi.

Janganlah hilang. Dahlah dah malam ni. Aku ni dahlah rabun. Pulak tu lupa diorang pakai baju warna apa. Si Gadis bermonolog dalaman.

Si Gadis tahu, dia tak boleh duduk diam lama di situ. Dia perlu menjalankan sedikit pencarian dan penyelidikan.

Dia cari di dalam surau, tak ketemu.
Dia cari di celah langsir, tak ketemu.
Dia cari di celahan pinggan, juga tak ketemu

Ke mana budak2 ni, entah dah balik tinggalkan aku? Ah, sudahh. Si gadis terus-terusan bermonolog. Last-last dia duduk bersandar di tepi surau tu. Konon penat melakukan pencarian.

Dia menoleh sekilas ke arah bawah khemah yang dijadikan tempat warga lelaki menikmati moreh. Saat itu ramai orang dah beransur pulang.

Dia cam 2 orang budak lelaki lengkap berkopiah sedang asyik makan karipap, rambutan dan macam-macam lagi. Leka budak 2 orang tu makan, tak hirau sekeliling pun. 

"Oh kat sini rupanya. Cik Iza cari daripada tadi tak jumpa.Dah, dah jom balik.Kenapa korang tak cari Cik Iza?" bebel si Gadis berdas-das sepanjang perjalanan.

p/s;lain kali nak bawak anak, anak saudara, anak menakan ke surau, masjid, shopping complex etc, sila pastikan pasang alarm pada badan mereka. Sekian.huhu



Saturday, 6 August 2011

Gangguan Fikiran

Tersentak

Semasa tok imam membaca doa dan para jemaah mengaminkan bacaan beliau solat terawih tadi, tiba-tiba..

BOM!!

Opocot mak kau..

Oh rupa-rupanya ada kanak-kanak Ribena yang sedang beriang ria bermain mercun di halaman surau.

Kusangkakan meriam buluh!

"Siaplah kau budak!" kata seseorang di dalam hati dengan nada geram.

p/s;bukan aku,bukan aku XD

Tuesday, 2 August 2011

Bulan Ramadhan yang Indah

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan datang lagi. Ia datang membawa seribu keberkatan kepada semua ummat Islam. Alhamdulilah, aku masih bernafas untuk melaksanakan tugasku sebagai seorang Islam. Masih sihat dan waras untuk menjalani ibadah puasa dan sebentar tadi berkesempatan melakukan solat sunat terawih secara berjemaah di surau berdekatan dengan rumah aku. Kenapa ayat ni macam skema je?Owh, abaikan.



Baru-baru ni dah tersebar luas kat internet mengatakan solat terawih yang kita kerjakan itu mempunyai kelebihan yang berbeza mengikut hari. Cuba tengok kat bawah ni. Kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali, tetapi ternyata merupakan hadis palsu.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Adalah diharapkan masyarakat Islam dapat menjalani ibadah puasa mengikut sunnah Rasulullah dan tidak berusaha untuk menyebarkan hadis palsu di atas ni. Elok2 dapat pahala bulan Ramadhan ni, tak pasal2 menambah dosa dengan sebarkan hadis yang tak benar,


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhari, Muslim) 




Sumber sini