Pages

Thursday, 12 April 2012

Lawyer in Making!

Assalamualaikum.

Wahai warga blogger sekalian, ketika jari jemari tak berapa runcing ini menaip di papan keyboard laptop sebab tak mampu lagi nak beli galaxy tab mahupun ipad dan segala i yang ada dalam dunia yang fana ini, ada la satu perasaan aneh yang menyelinap di kalbu ini.

Rupa-rupanya lama sungguh saya tak mengupdate blog yang tak seberapa ni. Biasalah lawyer in the making la katakan. Tapi saya agak bersyukur sebab tinggal dengan family sepanjang masa chambering ni.

Bila entah nak habis chambering ni. Orang kata, lagi kita kira, ukur dan sukat, lagi lambat masa tu berjalan. Lagipun masa mana boleh berjalan, masa bergerak la. Hahaha tak lawak pun.

Tapi nak tunggu habis 9 bulan tu memang rasa macam nak tercabut ekor la. Untuk makluman, tempoh chambering tu memang 9 bulan. Tak lebih tak kurang.

Yela , cuba kita tengok cicak, kalau dia nak lepaskan diri dia kalau diserang musuh, mahu tercabut ekor dia. (baru lepas lastik cicak tadi). Ok tak ada kaitan dengan subject matter.

Saya kalau boleh nak setiap entry saya berunsurkan ilmiah dan tarbiah, tapi ni dah lama tak update and blogwalking, jadi macam biskut lemau pulak.

Sejak-sejak chamber ni.isu-isu terkini kurang ambik tahu, paling latest isu yang diketahui ialah isu pemansuhan ptptn. Tapi kalau ptptn mansuh, saya memang buat kenduri pulut kuning cicah kari ayam la. Sebab apa tau, start bulan 6 ni, saya dah kena bayar hutang ptptn dah. haha tapi kalau tak mansuh pun, nama pun hutang kan wajib bayar, tengokla macam mana nanti.

Kalau ada rezeki untuk ptptn dimansuhkan, alhamdulilah. Kalau takde, mintak hantaran RM25,000 bagi langsai hutang ptptn. Selesai.HUhu.

p/s:saya rasa saya boleh jadi loyar buruk jela(:
p/ss: harap maklum entry kali ni takda gambar sebab malas yang amat.