Pages

Showing posts with label isu terkini. Show all posts
Showing posts with label isu terkini. Show all posts

Wednesday, 13 February 2013

Save the Date [15 Mac 2013]

Assalamualaikum.

Semasa aku menaip entri ini aku sedang tersenyum. Tahu mengapa? Hampir 9 Bulan tak ada langsung entri di blog ini selepas entri yang terdahulu. Aku sangat sibuk. Mak n abah je yang tahu betapa sibuknya nak menghabiskan chambering ini. Ya Allah terima kasih Ya Allah. Habis juga akhirnya chambering ni tanggal 27 Disember lalu. Haaaa

Mana taknya balik-balik rumah je cakap kat mak, "Mak, penatla, penatla nak berhenti la tak mampu dah. stress la. blablablabla" Mak kata, "Sabar, sabar. Positiflah. Kejap je masa berlalu nanti" 

Dan betul cakap mak. 9 bulan tu dah berlalu dengan jayanya. Alhamdulilah.*bunyi fireworks*

Oh ya, tanggal 15 Mac 2013, dengan bangganya [atas sokongan mak abah, famili, adik beradik. saudara-mara, kengkawan etc] akhirnya aku akan didaftaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Muar, Johor. Fuhh lap peluh

Dah lama tak menulis ni. Rasanya kena asah bakat menulis ni dalam next entry kot. Next year ke :p Baru perasan banyak betul perubahan kat blogspot ni. Macam-macam ado. Tapi diri aku tak ada perubahan apa-apa pun. EYEBAG makin tebal ada lah.

Sesiapa nak minta tips, bolehlah tweet saya ya. #promote twitter.com/asniza_aziz Nak minta rebate, mintak kat Najib eh


Thursday, 12 April 2012

Lawyer in Making!

Assalamualaikum.

Wahai warga blogger sekalian, ketika jari jemari tak berapa runcing ini menaip di papan keyboard laptop sebab tak mampu lagi nak beli galaxy tab mahupun ipad dan segala i yang ada dalam dunia yang fana ini, ada la satu perasaan aneh yang menyelinap di kalbu ini.

Rupa-rupanya lama sungguh saya tak mengupdate blog yang tak seberapa ni. Biasalah lawyer in the making la katakan. Tapi saya agak bersyukur sebab tinggal dengan family sepanjang masa chambering ni.

Bila entah nak habis chambering ni. Orang kata, lagi kita kira, ukur dan sukat, lagi lambat masa tu berjalan. Lagipun masa mana boleh berjalan, masa bergerak la. Hahaha tak lawak pun.

Tapi nak tunggu habis 9 bulan tu memang rasa macam nak tercabut ekor la. Untuk makluman, tempoh chambering tu memang 9 bulan. Tak lebih tak kurang.

Yela , cuba kita tengok cicak, kalau dia nak lepaskan diri dia kalau diserang musuh, mahu tercabut ekor dia. (baru lepas lastik cicak tadi). Ok tak ada kaitan dengan subject matter.

Saya kalau boleh nak setiap entry saya berunsurkan ilmiah dan tarbiah, tapi ni dah lama tak update and blogwalking, jadi macam biskut lemau pulak.

Sejak-sejak chamber ni.isu-isu terkini kurang ambik tahu, paling latest isu yang diketahui ialah isu pemansuhan ptptn. Tapi kalau ptptn mansuh, saya memang buat kenduri pulut kuning cicah kari ayam la. Sebab apa tau, start bulan 6 ni, saya dah kena bayar hutang ptptn dah. haha tapi kalau tak mansuh pun, nama pun hutang kan wajib bayar, tengokla macam mana nanti.

Kalau ada rezeki untuk ptptn dimansuhkan, alhamdulilah. Kalau takde, mintak hantaran RM25,000 bagi langsai hutang ptptn. Selesai.HUhu.

p/s:saya rasa saya boleh jadi loyar buruk jela(:
p/ss: harap maklum entry kali ni takda gambar sebab malas yang amat.


Friday, 14 October 2011

Wordless Friday: Syariah Law vs Civil Law

Thursday, 16 June 2011

aku bukan pirate..

Criminal?siapa criminal?

kecik2 da jadi penjenayah..isy2


Aku dengar2 cerita baru2 ni kerajaan Malaysia or lebih tepat lagi Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dah sekat File Sharing Website. 

Katanya sebab menjadi platform untuk pirate contents.


So,lepas ni jangan harap la nak download MV Kpop yang ada subtitle.

(erkkk.bukan aku la yang pasti)


But,tadi aku try download lagu kat www.4shared.com dan aku berjaya

download lagu.so maknanya masih boleh download lagi.


Itula kononnya nak banteras piracy yang berleluasa sekarang ni, tapi actually

diorang nak elak daripada kena hack oleh hackers n crackers.hmmm entahla..


Kalau anda nak tahu, kerajaan Turki melaksanakan internet filtering dengan

mewujudkan option sebelum pengguna boleh access internet, kena pilih jenis 

filtering yang dikehendaki.. maksudnya kena login dulu.(kerajaan boleh trace 

apa yang penduduk Turki buat)....sudah di wartakan sejak Ogos 2010. (kena 

tanya orang Turki mekanisma yang sebenar)


So.lepas ni kalau nak diwartakan kat Malaysia (coz baru dengar2 khabar 

je),aku tak tahu la apa yang orang Malaysia yang hebat2 ni akan buat sebab 

kat Turkey, disebabkan kerajaan diorang filter internet access, ade hackers 

yang hack website kementerian pendidikan diorang and servis meteorologi.


Apa nak jadi dengan dunia, aku pun tak tahu.Last2 hackers kat Turkey tu kena 

tangkap gak.TOO BAD.


Tadi aku try masuk website ni,http://aduan.skmm.gov.my/ tapi xtahu apsal xboleh masuk.

Entah2 dah kena hack tak?


Esok2 ade la yang masuk berita kat tv sebab hack website kerajaan macam 

hackers kat Turkey buat.

Erkk..no comment @@