Pages

Friday, 30 September 2011

Zaman Dulu & Kini Takkan Pernah Sama

 Budak2 yg lahir pd thn 80/90an mesti ingat mase sekola rendah dulu: -

* kat sekolah ade salesman jual buku cerita. hari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku. .
* pakai pensel box yang bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, sayang nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning panjang.
* bulu ayam jd ramping kerana sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jadi idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. 


Budak2 zaman sekarang x smpt layan bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2. Rindu nak balik zaman kanak-kanak.Masa tu pakai tudung senget-benget pun nampak cute. Tapi kalau dah besar panjang pakai tudung senget-benget, lagila nampak cute kot,huhu

p/s:copy daripada seorang kawan di mukabuku. 

Saturday, 24 September 2011

Lama tak update + amazing azan discovery

Assalamualaikum.

Lebih kurang 2 minggu tak update. Tak sempat, busy bebenar. Mengalahkan PM. Tak nak cerita panjang pun, cuma nak share satu video ni. Ini bukti yang menandakan azan dapat didengari setiap 24 jam di seluruh dunia. Subhanallah. Kalau azan dah tak dapat didengar lagi, mungkin itu petandanya nak kiamat la tu. Apa2 pun kena prepare la kan. Jom tengok!






p/s: video ni dah lama, mungkin ramai yg dah tengok.Ini bukti kekuasaan Allah dan lagi satu cepat2 lah tunaikan solat bila dah masuk waktu ya :)

Saturday, 10 September 2011

Sedikit Masa Saja Lagi

Tik tok tik tok
Menghitung hari
Menghitung jam
Menghitung waktu

Sedikit saja lagi ia akan bermula
Aku mahu ia cepat berakhir
Tapi ia baru bermula
Oh apakan daya

Cuti panjang bakal lewat
Cepat atau lambat
Tiada daya untuk menolak
Perjuangan harus diteruskan

Doakan keselamatan sepanjang laluan
Doakan kesejahteraan sepanjang hidup
Doakan kejayaan dunia akhirat

Tapi doa harus diapit bersama usaha
Usaha takwa mulia
Eh dah macam motto Uitm

Bakal kembali ke ibu negeri Selangor
Bakal menghadiri kuliah
Bakal bangun lebih awal daripada biasa
Bakal tidur di dalam kelas?
Oh tidak!

Mawar nama diberi
Bakal menjadi penempatan kami
1 sem saja lagi
Jadi apa lagi?
Kemas barang pun tak siap-siap lagi!



p/s:esok dah nak balik u, bakal merindui rumah,mak abah dan adik-adik, sobs2..
p/s:tak lupa juga pada kelajuan internet di rumah.

Tuesday, 6 September 2011

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban Rara Zikry

Assalamualaikum.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya ialah sihat sebelum sakit.

Rara Zikry atau Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry). Mungkin ramai dah tau kisah dia. Cantik dan sempurna ciptaan Allah ni. Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma, hidup Rara terus bertukar 360 darjah. Siapa dapat sangkal kuasa Allah bila menghendakkan sesuatu terjadi? Bila tiba saat itu, kita tak dapat berbuat apa. Tentu ada rahmatnya. Percaya dan yakinlah.




Sumbangan boleh dibuat ke akaun ibu Rara:

Maybank Account Holder Name: Zarina Binti Amir 
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL
*Please contact Zarina Amir (Nadhira’s mother) @    012-3603509 begin_of_the_skype_highlighting            012-3603509      end_of_the_skype_highlighting or email zarinazikry@gmail.com for further infos. 

Page facebook yang dikendalikan oleh sepupu Rara, Contribution for Rara Zikry's medical expenses.



p/s:setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan kita menghukum seseorang dengan merasakan diri kita yang paling baik. Kita bukan siapa-siapa untuk menilai orang lain.

Saturday, 3 September 2011

Promosi Aidilfitri!

Assalamualaikum.

Wah, rasa macam lama sungguh tak menulis ni, almaklumlah sibuk beraya kan. Hari ni pun da masuk raya kelima dan aktiviti kunjung-mengunjung masih giat dijalankan. Anda pula bagaimana?

Di sini saya ada satu pengumuman, kepada anda yang bernama wanita dan jika anda masih single lagi, adakah korang berminat dengan seorang engineer army yang nak jadikan korang isteri. Umur beliau baru 24 tahun, dan kalau boleh dia nak bertunang awal tahun depan. Ciri-ciri yang beliau idamkan ialah nak cari wanita yang baik,daripada keluarga yang baik-baik, mempunyai kerjaya dan sejuk mata memandang. Berminat?

Kalau berminat, boleh pm saya kat emel saya atau ym saya, koza_akasia@yahoo.com. Manalah tahu dapat membantu sesama islam membina masjid, kita sama2 dapat pahala.

p/s: rasa macam ejen cari jodoh pulok.huhu.syok gak bercinta lepas kahwin ni..
p/ss: entry tiada kaitan dengan tajuk, harap maklum ya.