Social Icons

Pages

Wednesday, 1 February 2012

Interview, Interview & Interview

Assalamualaikum.

Fuhhhhh. Berhabuk belog ni sebab lama tak update. Bersawang jadinya. Disebabkan lama sangat tak berbelog, baru perasan shoutbox kat tepi ni tak berfungsi dah. Tak tahu camna nak repair. Ada sesiapa tahu?

Hari Isnin haritu bersamaan dengan 30 Januari 2012, aku telah menghadirkan diri untuk satu interview. Interview untuk chambering katanya. Chinese firm.Tapi ok je walaupun mula-mula tu, tak jumpa pintu nak masuk dalam firm tu. Cuak, takkanlah firm ni masih cuti CNY lagi kan.

Pusing punya pusing,rupanya ada pintu kaca, tapi kena tekan loceng dulu. Kalau tak tekan loceng, pintu tu takkan terbukak dengan sendirinya. Jakun sekejap.

Borak punya borak, master aku suruh masuk chambering start 1 Mac ni sementara menantikan result keluar pada pertengahan Februari ni. Sebulan lagi ooo. Mati kutu dibuatnya duduk rumah lama-lama sebab dah biasa busy. Kononnyalah. Ada sesiapa nak ambik aku bekerja sebulan ni? Hehehe.Mesti takde kan.

Tapi,seriously, berbelah bahagi sebab selalu ada rasa taknak chambering and taknak jadi lawyer, habis tu nak jadi apa? jadi manusia la.Asalkan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara la kan.

sebenarnya banyak perkara perlu dipertimbangkan. kalau chambering ambil tempoh 9 bulan. barulah qualified sebagai lawyer. tapi gaji sikit je, eh dia tak panggi gaji, dia panggil elaun. tapi kalau dah start kerja tetap, insyallah stabil la sikit. Malulah tahun ni umur 24, tapi mintak duit kat mak lagi.ngeh2.


“You only live once, but if you do it right, once is enough.” 



p/s;Doakan yang terbaik. Sabtu ni ada exam kerja kerajaan. Kalau pass insyallah dipanggil interview dan diserapkan.