Pages

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, 8 August 2011

Kisah LELAKI Tampan dan PEREMPUAN Cantik


Kau LELAKI tampan andai perintah TUHAN kau laksanakan


Kau LELAKI tampan andai sunnah NABI kau laksanakan


Kau LELAKI tampan andai solat FARDHU kau segerakan


Kau LELAKI tampan andai hati ROHANI kau jagakan


Kau LELAKI tampan andai agama ISLAM kau dakwahkan







Kau PEREMPUAN cantik andai perintah ALLAH kau lakukan


Kau PEREMPUAn cantik andai sunnah NABI kau turuti


Kau PEREMPUAN cantik andai solat FARDHU kau utamakan


Kau PEREMPUAN cantik andai hati ROHANI kau pertahankan


Kau PEREMPUAN cantik andai agama ISLAM kau dahulukan






p/s: suka gandingan mantap mereka berdua dalam Ketika Cinta Bertasbih. Eh, lupa pulak,tampan kan bakal suami aku? *Ehem*




Wednesday, 13 July 2011

I Love You

Assalamualaikum.

Cinta? Sayang?Suka?Minat? Dalam hidup ni, sebagai manusia kita mungkin akan terjatuh cinta la, terjatuh suka la dan sebagainya kepada mereka yang berlawanan jantina dengan kita, sebab perkara tu fitrah atau lumrah kehidupan. Mungkin juga dugaan.Hurm.

Ok, move to the topic, selalunya kalau kita suka kat seseorang tu, apa yang kita buat? Kita mungkin akan jadi stalker paling licik dalam dunia ni. Kita akan view page dia hari2 macam takde kerja lain semata-mata nak tengok apa yang 'that woman' or 'that guy' tengah update kat facebook dia. Ataupun kita follow 'orang' yang kita suka tu kat twitter, pastu tengok 'orang' tu tweet apa.Haa kan.Betul tak?

Lepas tu pulak untuk orang yang sedang hangat bercinta, sanggup bergolok bergadai habiskan masa call,sms pasangan masing2 yang belum halal dan belum tentu kahwin pun. Dan ada juga yang sanggup berubah mengikut kehendak pasangan kekasih mereka. Habis tu, kalau boyfriend mintak gambar girlfriend dia dalam keadaan tak menutup aurat dengan sempurna ataupun free hair, sanggup ke bagi? Itu salah satu contoh yang akan menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Natijahnya, syaitan berketawa riang sambil bersorak mengatakan pujukan dan hasutannya kepada ummat manusia benar2 sukses. Bolehla teman setan2 lain kat dalam neraka jahanam nanti.Hurm,nauzubillah.

Kalau kita suka seseorang tu seboleh-bolehnya kita akan menjaga hatinya, kita akan berbuat apa saja untuk si dia. Tapi pernah tak kita fikir,apa perkara yang akan membuatkan Allah rasa 'senang' dan 'gembira' dengan kita??Fikirkanlah, mungkin kita belum betul2 cintakan Allah lagi. Rasa cinta kita kepada Allah, Khalik kita kadangkala ditandingi cinta kita kepada manusia. Patut ke? Sedangkan Allah dah  menciptakan kita dan sepatutnya rasa cinta kepada Allah menandingi cinta manusia sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah Yang Maha Satu.

Cuba kita ingat balik, berapa ramai manusia dalam dunia yang memberitahu seluruh dunia yang mereka cintakan atau rindukan bf atau gf mereka setiap kali mereka update status kat facebook. Mesti pernah tengok kan?Tapi pernah ke kita nak lahirkan rasa cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta.



Berapa ramai orang dalam dunia ni, yang boleh menitiskan air mata sebab mendengar azan yang berkumandang? Dan berapa ramai orang yang menggedik kat handphone masing2 bila bergayut dengan 'couple' mereka?

Ya Allah ampunkanlah aku dan seluruh muslimin dan muslimat jika kami pernah berbuat seperti itu. Sesungguhnya jalan yang terbaik ialah taubat nasuha. Di sini ingin aku kongsikan satu cerita:

Ada satu kisah di mana satu (seorang) muazzin, dia azan selama 32 tahun, (suatu ketika) dia mengikut satu jalan dan dia telah terlihat, mata pandangannya terkena (terpandang) kepada kepada seorang perempuan kristian dalam keadaan telanjang.

Selepas dia melihat perempuan itu lalu dia jatuh cinta kepada perempuan itu. (Kemudian) dia (muazzin itu) pergi kepada ibu bapa dia (perempuan itu) lalu berkata: "Kahwinkan lah saya dengan anak perempuan kamu."
Ibu bapa perempuan berkata: "Kamu orang Islam macam mana boleh kahwin dengan anak saya, kami orang kristian, kamu kena tinggalkan Islam dulu."
Muazzin kata: "Saya sedia tinggalkan Islam."
Ibu bapa perempuan itu kata: "Hanya dengan kamu cakap saya tinggalkan Islam, kami tak percaya, kamu kena tunjukkan kepada kami cara praktikal. Kamu kena makan daginig babi, minum arak baru lah kami terima kamu telah tinggalkan Islam."
Muazzin kata: "Saya sedia."
Lalu dia (muazzin) memakan daging babi dan minum arak, (dalam seumur hidupnya) tak pernah (dia) minum arak dan makan babi dan (lalu) dia telah mabuk.
Dan orang itu (ibu bapa perempuan itu) kata: "Kamu naik atas (rumah), anak saya akan jumpa kamu di atas, kamu sudah dinikahkan dengan anak saya."
(Maka) Dia (muazzin itu) naik tangga untuk naik ke atas, (dalam keadaan) dia mabuk, (tiba-tiba) dia telah terjatuh dan telah mati.
******
Siapakah dia tuan-tuan? dia (seorang yang) telah azan selama 32 tahun lalu bersembahyang.
Ada orang azan dan sembahyang tapi dia punya azan dan sembahyang tidak dapat selamatkan dia dan dia telah mati dalam keadaan tiada iman. Oleh itu, kita kena takut macam mana keadaan kita yang akhir.


Daripada kisah ni, dapatlah diambil pengajarannya iaitu janganlah kita ingat kita betul2 baik bila kita da solat 5 waktu dan sebagainya, tapi ingatlah untuk sentiasa perbaiki diri dan mengekalkannya. Ya, nak berubah memang mudah, tapi nak kekalkan memang payah.

Buat mereka yang masih lagi hanyut dengan cinta manusia, ingatlah:

-Cinta manusia, manusia akan mati
-Cinta monyet, monyet akan mati
-Cinta Allah, cinta hakiki kekal selamanya

I Love You Allah. Semoga setiap hari rasa cinta kita kepada Allah semakin mendalam :)

Tuesday, 21 June 2011

Cinta Oh Cinta

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Cinta?Tak habis2 cakap pasal cinta.Cinta itu,cinta ini.

semerah warna hati,merah lagi warna daun

Aku bukannya apa.Aku tertarik untuk bagi komen pasal kebelakangan kalau anda perasan la,banyak sangat drama or filem yang dibikin berdasarkan novel. Maksudnya, novel dijadikan guideline or garis panduan untuk pembikinan drama or filem itu.

Sebagai contohnya, filem Indonesia Ayat-Ayat Cinta ikut novel Ayat-Ayat
Cinta. Lepas tu ade pulak filem lagi, Ketika Cinta Bertasbih, siap ada part1 and part 2, sbb novel nya pun ada 2 part. Take note perkataan Cinta tu.


Ayat Ayat Cinta

Ketika Cinta Bertasbih


Ok,kalau nak diikutkan movie  ni da lama jugak la.Dalam beberapa tahun ni.And yang latest sekarang adalah drama Stanza Cinta yang ditayangkan kat TV3 baru2 ni.Yang bezanya daripada novel dibikin menjadi drama dan penulis novel ni orang Malaysia. Tema nya macam biasalah,mesti islamik walaupun tajuknya seperti mengangkat Cinta.

Stanza Cinta

Apa-apa pun yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Yang penting kita kena ingat, cinta manusia tak pernah kekal  selamanya sebab hanya cinta Allah swt sahaja yang kekal abadi.

Tuesday, 14 June 2011

Amaran-Jangan sibuk mencari Mr Right!!


Assalamualaikum

Sebut pasal Mr. Right ni, bukanlah aku nak bercerita pasal Mr. Right aku, coz aku takde Mr. Right pun.

Mr. Wrong banyaklah..or maybe Mr. Wong.huhu

So, dipendekkan cte, aku ni bukanla jenis demand macam sesetengah wanita.

Lihat contoh di bawah:

A:aku nak lelaki tall, dark n hensem.kalo ko?
B:owh.kalo aku,aku nak lelaki kaya, pakai kete sport, tak hensem pon takpe.janji poket kaya.
kalo ko C?
C:aku nak lelaki yang romantic, penyayang blablabla

Haha..kalo anda tanya aku,aku cuma mahukan lelaki yang sederhana saja.

Full stop.

Sebab tiada manusia dalam dunia ini yang betul2 sempurna, tak kira la lelaki 

atau pun perempuan. 

So kita kena terima kekurangan dan kelebihan diri masing2 seadanya.

Jangan sibuk2 cari Mr Right tetibe terjumpa Mr. Wrong.Tak payah nak cari2, 

sidia akan datang sendiri.

Apa2 pun restu parents penting, kalau bercinta sakan pun parents tak restu 

tiadala gunanya.

So, moral of the story: 
1.kalau ko tgh bercinta,takyah beria sangat nak bercinta tu 

2.kalau anda single mcam aku, xyah sibuk nak berpacaran, baik ko fokus kat study ko or job ko

3.kalau ko perempuan n kononnya ada lelaki suka kat ko, ko suruh lelaki tu datang rumah parents ko, suruh dia tunjukkan kegentlemanannye.itupun kalau dia berani la.entah2 menggigil lutut.huhu

4.kalau ko lelaki gentleman, sila tunjukkan di hadapan bakal mak n bapak mertua ko.jangan cakap poyo je.ok?

p/s:jangan gadaikan maruah agama untuk lelaki yang belum tentu pasti dia ialah Mr. Right ko,ok girls??