Pages

Saturday, 30 July 2011

Selamat Datang Ramadhan :)

 Assalamualaikum kepada pembaca.


Tanggal 1 Ogos 2011 ni atau lebih tepat lagi 1 Ramadhan 1432H  umat Islam bakal berpuasa selama sebulan. Bagi orang2 lelaki wajiblah berpuasa sebulan, lainlah orang perempuan ni yang memang ada 'cuti' dalam setiap bulan.hehe

Apa yang aku harapkan kat sini ialah semoga Ramdhan kali ni bukanlah Ramadhan yang terakhir untuk kita semua dan sama2 kita banyakkan mengaji atau tadarus al-Quran. Lagi bagus kalau boleh khatam dalam bulan Ramadhan ni. Semoga beroleh keberkatan Allah swt. Yang seronok bulan Ramadhan gi solat terawihla. Kalau buat sorang2 tak berapa best sangat, aku lagi suka berjemaah.

Lagi satu keistimewaan bulan Ramadhan ni, al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan dan juga ada 1 malam istimewa yang lebih hebat daripada malam seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar. Cuba tengok video IniAnwarHadi dan Aiman Azlan ni. Comel sungguh, lagi best kalau ada Matluthfi sekali.






Hmm..puasa, puasa juga. Tapi seeloknya jaga mulut, jaga mata, jaga telinga, jaga semua anggota la daripada berbuat dosa Bagi orang lelaki, jika anda merokok, bulan puasa ni teruslah berhenti merokok. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ok?

Tahun ni aku berpuasa sebulan kat rumah. Haha, jangan jeles. Bayangkan lepas spm sampai masuk u 1st Ramadhan tak pernah sambut kat rumah. Jadi disebabkan cuti sem 4 bulan ni, aku gunakan sebaik-baiknya lah.Yeah! Yeah!

p/s:sekarang dah menganggur, kerja part time dah selesai. Kedai makan  tutup bulan puasa. Kalau bukak bulan puasa, tak pasal2 JAIS,JAKIM,JKM dan sebagainya datang serbuuuu...

SELAMAT BERPUASA! Selamat Datang Ramadhan :)

Mode: INVISIBLE

"Good Morning mak. Hari ni masak apa? Sorila hari ni tak sempat tolong"Aku tersengih umpama kerang 'wangi' lantas aku terus duduk di atas kerusi tanpa dipelawa oleh emakku. Dalam erti kata yang lain, memang buat macam rumah sendiri la. Aku lihat mak aku sedang mengemas di dapur ketika itu.

Mak aku buat bodoh je seolah-olah macam tak nampak aku. Isy, mak marah ke aku tak tolong dia bikin sarapan pagi ni.Tak sampai 2 saat, tetiba mak aku terjerit.

"Abang, tolong abang. Saya dengar suara.Tolong!"

Terus aku tak jadi makan apabila melihat kejadian itu. Mak aku berlari-lari anak ke ruang tamu walaupun jarak antara ruang tamu dan dapur agak jauh, lebih kurang 2km. Aku mengekor mak dari belakang sambil berfikir tak sudah.

"Mak, kenapa ni mak?macam nampak hantu je.Mana ada hantu pagi2 buta ni mak" Aku membebel kat mak aku.

Mak aku tak jawab bebelan aku tapi dia pergi bersembunyi di belakang abah aku.

"Abang, abang dengar tak suara tu?Suara tu makin kuat. Dia ikut saya dari tadi." Abah aku diam je sambil memandang sekeliling.

Isy, apa pasal dengan mak bapak aku ni. Musykil aku dari tadi.Apa yang diorang nampak yang aku tak nampak?

Owhh..baru aku teringat, malam tadi aku tidur dengan baju halimunan si Harry anak Pak Cik Potter yang tinggal sebelah rumah kitorang, pagi ni aku lupa nak tanggalkan baju halimunan tu. Haha.Patutlah mak dan abah aku dengar suara je. Style la baju halimunan ni.

p/s:cerita merepek saja. cerita Harry Potter da basi daaa....huhu


Thursday, 28 July 2011

Asyik-asyik Bola

Assalamualaikum.

Tadi aku baca Berita Harian Online, yela orang busy mana sempat nak baca surat khabar yang dalam bentuk kertas tu, so online jela. *Ehem*Seperti yang semua maklum, hari ni ada perlawanan bola antara Malaysia dengan Singapore kat Stadium Bukit Jalil, KL.



Bayangkanlah sejak daripada pukul 3 ptg orang ramai dah berkerumun kat stadium tu, jammed tak usah cakaplah.Aku buat entry ni bukan nak cerita pasal bola pun sebab aku memang tak minat bola, tapi nak timbulkan persoalan kat sini,tak lama lagi kan kita akan tinggalkan bulan Syaaban dan beralih pulak ke bulan Ramadhan, aku pelik tengok orang2 kat Malaysia ni bersemangat betul dengan bola ni, semangat nak sambut Ramadhan tak kelihatan pulak.

Sabar jela.The football is only a game. Tak kisahlah tengok kat mana2 pun, kat rumah ke stadium ke, pandai2 la jaga diri, masing2 dah besar. Demam bola memang sampai bila2 pun takkan habis, nanti dah nak masuk bulan Ramadhan, jangan jadikan alasan demam sebab tengok bola untuk ponteng puasa pulak.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

^_^

p/s: aku rasa Malaysia kalahlah lawan dengan singa malam ni..whatever it is, i still LOVE Malaysia.....xoxo

Tuesday, 26 July 2011

Mahu Makan Di Restoran Tandas?

Assalamualaikum.

Jangan terkejut dengan title untuk entry kali ni sebab restoran tandas ni memang betul2 wujud kat China dan Taiwan. Kat Malaysia bila lagi? Tak payah ada pun takpe..Tapi persoalannnya sanggup ke kita nak makan kat tempat macam tu. Tapi orang zaman sekarang ni memang ada selera makan yang pelik2 dan jugak selera makan kat tempat yang pelik2. Let's the picture do the talk. Huhu



*Gambar ni diambik di sebuah restoran di China, nama restoran tu Modern Toilet. Eh, apa da?Restoran nama toilet.Jom kita tengok ciri2 unik yang ada kat restoran ni.


  • kerusi menggunakan jamban duduk (toilet bowl) yang sebenar 
  • dinding dihias warna kekuningan seolah-olah air kencing
  • ais krim berbentuk najis
  • 'hot pot' berbentuk jamban duduk
Wahhh..uniknya!!Eww..geli2,nak termuntah..haha. Nak tahu tak apa komen pemilik restoran ni pasal idea untuk tubuhkan Modern Toilet ni?

"Restoran dan toilet adalah 2 perkara yang amat berbeza. tapi apabila digabungkan, ternyata ia menjadi satu gabungan yang unik" Erk..boleh pulak dia komen camtu.

Jom tengok gambar lagi!!



Inilah ciri2 unik  yang dikatakan kat atas tadi tu.Anda rasa nak muntah?Sila cari mangkuk tandas sekarang^_^

p/s:kalau ada sesiapa nak belanja aku free pun, aku takkan makan la kat sini. huhu.Tetibe curious nak tahu macam mana rupa tandas kat dalam restoran tandas ni..Hurmm...

Monday, 25 July 2011

SECOND GIVEAWAY HAJAR AZMAN

-siapa nak join,sila klik banner ya^_^-

Tag:
Hidayah Puteri
cik tehaa

Saturday, 23 July 2011

Sayang Kawan-kawan!!

Assalamualaikum.

Hello mellow.

Entry ni ditujukan khas untuk kawan2 aku, tak kira la kawan2 tadika,kawan2 sekolah rendah,kawan2 sekolah agama, kawan2 sekolah menengah, kawan2 kat PLKN, kawan2 kat universiti. Tak terkira banyaknya kawan2 dengan jari tangan dan kaki, sebab jari kaki ade 10, begitu juga jari tangan :P



Aku pasti, 100 percent sure yang setiap orang dalam dunia ada kawan, kalau korang ada facebook misalnya mesti friends korang dah dekat 4000 orang, ramainya kawan korang!. Kawan kat facebook aku cuma 900 lebih je.Hehe. Kalau korang ada twitter pulak,mesti follower korang pun beribu-ribu gak, aku pulak cuma beberapa puluh followers je sebab tak aktif twitter.

Dah nama pun laman social,mestilah korang berinteraksi dengan kawan2, kalau tak, buat apa ada account. Kat blog ni pun kita boleh cari kawan2 baru. Patah tumbuh hilang berganti, kalau kawan lama korang dah tak nak kawan dengan korang lagi, kan ada kawan2 baru.Huhu

Sebenarnya aku bukanlah nak bercerita pasal facebook, twitter,blog or segala macam social web yang lain. Aku just nak cerita pasal kawan, sahabat, friends, pengyou blablabla.


Adakah korang tahu, sahabat yang baik tu boleh jadi penyelamat kita disaat kita ditimpa bencana? Kalau nak tahu sahabat atau kawan kita betul2 ikhlas kawan dengan kita, tengoklah bila kita ditimpa musibah, dia nak tolong kita ke tak. Kalau dia buat2 bodoh,buat2 tak faham, nampak sangatlah dia bukan sahabat yang baik.Alhamdulilah.Kawan aku semua baik2, susah senang suka duka bersama.Ehem.Kembang diorang kalau baca ni.

Satu lagi,pernah dengar tak, 'setiap diri manusia adalah cermin sahabatnya'. So, kalau kawan kau baik, maka insyallah baik lah kau.Jika x, maka x juga. Jika y, makan y juga.Ok, math disitu.*Benci*.

'Sesungguhnya sahabat yang baik/soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika tak membeli daripadanya pun, kita tetap akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula umpama tukang besi, walaupun kita tak terkena percikan api, tetapi kita tetap akan merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya'

Disini aku ingin melahirkan setinggi-tinggi pengucapan tahniah kepada mereka yang bernama sahabat. Jangan lupa jadi sahabat yang baik. Aku pun ingatkan diri aku juga ni.Huhu.Semoga kita bersahabat sampai mati dan sampai syurga. InsyaAllah.Sayang korang lah!!

p/s:tak lupa jugak pada followers blog ni.sayang korang juga :)

Thursday, 21 July 2011

What happened if you lose your pen?




Lost your pen=no pen



No pen=no notes



No notes=no study



No study=Fail



Fail=no diploma/degree



No diploma/degree=no work



no work=no money



no money=no food



no food=you get skinny



you get skinny=then you get ugly



Ugly=no love



no love=no marriage



no marriage=no children



no children= alone



alone=depression



depression=sickness



sickness=death





Lesson: Don’t lose your pen, you will die.. :P

Wednesday, 20 July 2011

Firdaus Life:Berkawan Dalam Kumpulan



Mari Kita Sama-sama Berkawan
^_^


Sunday, 17 July 2011

Dah Daftar Sebagai Pengundi Ke?

Salam alaik.

marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara

Lagu kat atas ni macam pernah dengar je kan?Ala, ni lagu yang selalu main kat tv tu. Sebut2 pasal mengundi ni,korang dah daftar sebagai pengundi ke belum? Tapi sebelum tu korang kena make sure la umur dah 21 tahun ke atas  dan merupakan warganegara Malaysia. Kalau kau umur 21 ke atas tapi bukan warganegara, tak dapek la den nak nolong.


Mengundi ni sebenarnya constitutional right, kiranya once kita ni ada Mykad kaler biru, so layak la mengundi. Aku rasa semua orang tahu 9 Julai haritu ada perhimpunan Bersih yang menuntut keadilan waktu pilihanraya. Matlamatnya bagus untuk kebaikan rakyat juga tapi aku tak berapa berkenan dengan cara perhimpunan tu dilakukan. Hmm, takpela, benda dah jadi pun,lagipun tu pendapat masing2 dan ada juga kawan2 aku yang pergi. Bagi mereka itu perjuangan, So,biarkan je, pendapat masing2 kan.

Sebut2 pasal perhimpunan tu, apa yang aku risaukan, takut dan bimbang juga kalau2 orang yang g perhimpunan tu cuma nakkan reward RM200 tu je dan nak rasa thrill kena tangkap dengan polis, padahal diri sendiri tak daftar mengundi pun lagi.

Kalau betul la nak pilihanraya adil dan bersih, daftar dulu sebagai pengundi kat pejabat Suruhanjaya dan Pilihanraya (SPR), lepas tu baru la kau nak pangkah dacing ke,bulan ke,bulan sabit ke, terserah la,takde siapa marah dan takde siapa tahu pun.Yela, undi kan rahsia.


Ada sesetengah orang beranggapan, malasla nak ambik tahu pasal politik, buat semak je, kerajaan sekarang ok apa.Ataupun, malasla nak g daftar mengundi, aku da tahu mesti dia tu menang lagi.

Macam gambar kat atas ni,  Your Vote is Your Voice.Kalau kau tak g mengundi, macam mana SPR nak tahu pemimpin yang macam mana yang kau nak untuk memimpin kerajaan. Perkara yang kita kena ingat ialah, time pilihanraya nanti, rakyat adalah raja dan SPR merupakan dayang kepada rakyat. Wahh, ingat kahwin pun jadi raja sehari, rupanya masa pilihanraya pun boleh jadi raja. Ehem.

Kadang2 dalam hidup ni, ada benda lama yang boleh dipakai lagi, tapi kadang2 ada benda lama yang kena buang sebab dah terlalu usang dan tak boleh digunakan lagi, kalau jual kat orang yang beli besi buruk pun belum tentu laku. If you know what I mean.Hehe.

Alhamdulilah, aku da daftar mengundi tahun lepas,so tak sabar mengundi kat pilihanraya akan datang ni. Kepada sesiapa yang dah daftar mengundi, boleh semak Daftar Pemilih kat sini.

Aku kena mengundi kat dareah Manong, korang pulak?

Saturday, 16 July 2011

PUNK

Pada 1 hari, Amin sedang menunggang basikal bersama rakannya.Ketika menunggang Amin ternampak beberapa pemuda yang memakai  jubah putih,mamakai serban dan memegang tasbih.Amin tertanya-tanya siapakah mereka??????Lepas tu Amin pun berdialog dengan mereka....

Amin : boleh saya tahu...kamu semua ni siapa????

Pemuda : kami semua  ni dari kumpulan P.U.N.K.....

Amin : hah!!!!biar betoi....

Pemuda : betol la

Amin : pakai macam org alim ...tpi kumpulan punk...

Pemuda : kami geng P.U.N.K  iaitu

P : Persatuan

U : Ulama

N : Negeri

K : Kedah

Jadilah kumpulan punk....

Amin : ?????????????

p/s:credit to penggemar cerita lawak dan seram

Friday, 15 July 2011

Kerja Di Sebalik Tabir Part 2

Salam.

Kerja, jangan tak kerja. Huhu.Sekejap je masa berlalu tetibe dah hari jumaat, seminggu dah aku kerja ni. Macam2 pengalaman aku dapat. Walaupun gaji tak seberapa, tapi pengalaman tu yang mahal harganya. Mungkin sesetengah orang tak mungkin akan susah payah kerja mcam aku ni kalau da ada degree. Kan? Tapi aku ada degree boleh je kerja macam ni. Takde hal punye. ^_^

inilah kerjaya aku buat masa sekarang
memang betul2 kerja di sebalik tabir kan?





Tapi aku kerja pada asalnya sebab:

Pertama
Aku memang nak isi cuti 4 bulan ni dengan perkara berfaedah, contohnye bekerja,berkebun dan mungkin tidur.zzz

Kedua
Aku nak duit, memanglah duit bukan segala-galanya, tapi dalam hidup ni banyak benda nak pakai duit, sabar jela kan.

Ketiga
Ada sebab lagi ke, rasanya dah takde. Mungkin semua sebab di atas kot. (Bunyinya da macam jawab soalan peksa)


Wah, jangan pandang sebelah mata ye orang yang kerja cuci pinggan kat kedai tu, kerjaya tu betul2 mencabar. Berdiri berjam2 membasuh pinggan mangkuk dan segala periuk belanga menuntut kesabaran dan keikhlasan di situ. Macam yang aku cakapkan sebelum ni,walau apa kerja yang diberikan kepada kita sama ada cuci pinggan ke, cuci jamban  tandas ke, kita kena lakukan betul2, kena lakukan dengan ikhlas kerana Allah. Kalau kau buat tak kerja tak ikhlas, penat lelah kau sia-sia je.

Itu belum masuk tangan, jari-jemari yang sedikit tercedera dan tercalar sewaktu bertugas kat dapur. Jangan main2. Jangan nak mengharapkan tangan yang licinlah kalau dah duduk dapur.Fahamlah maksud aku kan? Pagi tadi aku terpegang pisau, biasela keluar cecair warna merahla, takkan keluar cecair putih, aku bukan Mahsuri.hehe. tapi tugas perlu diteruskan. Takde hal punya.

Sepanjang aku kerja ni, biasa sangat diketemukan dengan si baju hijau yang tak sabar2 bila part makan dan minum ni. Aku ingat diorang ni berdisiplin tapi bile masuk part makan dan minum ni tak reti nak menyabar. Kang aku suruh kawad baru tahu.Huhu

Tapi itulah aku nak pesan kat diri sendiri dan orang lain juga yang kita kena ada sikap hormat kat orang lain, even dia tu tukang masak ke, cuci pinggan ke, tukang kebun ke etc. Hormat sebagai manusia. Jangan disebabkan orang tu tak berpangkat, tak berharta kita cenderung untuk memandang orang seperti ni sebelah mata je. Ya, aku tak nafikan, ada yang perlekehkan aku. Aku tak peduli, asalkan aku buat kerja halal dan tak menyusahkan orang lain.

Wah, entry ni macam emosi pulak ye.Ok, peace ya.

Wednesday, 13 July 2011

I Love You

Assalamualaikum.

Cinta? Sayang?Suka?Minat? Dalam hidup ni, sebagai manusia kita mungkin akan terjatuh cinta la, terjatuh suka la dan sebagainya kepada mereka yang berlawanan jantina dengan kita, sebab perkara tu fitrah atau lumrah kehidupan. Mungkin juga dugaan.Hurm.

Ok, move to the topic, selalunya kalau kita suka kat seseorang tu, apa yang kita buat? Kita mungkin akan jadi stalker paling licik dalam dunia ni. Kita akan view page dia hari2 macam takde kerja lain semata-mata nak tengok apa yang 'that woman' or 'that guy' tengah update kat facebook dia. Ataupun kita follow 'orang' yang kita suka tu kat twitter, pastu tengok 'orang' tu tweet apa.Haa kan.Betul tak?

Lepas tu pulak untuk orang yang sedang hangat bercinta, sanggup bergolok bergadai habiskan masa call,sms pasangan masing2 yang belum halal dan belum tentu kahwin pun. Dan ada juga yang sanggup berubah mengikut kehendak pasangan kekasih mereka. Habis tu, kalau boyfriend mintak gambar girlfriend dia dalam keadaan tak menutup aurat dengan sempurna ataupun free hair, sanggup ke bagi? Itu salah satu contoh yang akan menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Natijahnya, syaitan berketawa riang sambil bersorak mengatakan pujukan dan hasutannya kepada ummat manusia benar2 sukses. Bolehla teman setan2 lain kat dalam neraka jahanam nanti.Hurm,nauzubillah.

Kalau kita suka seseorang tu seboleh-bolehnya kita akan menjaga hatinya, kita akan berbuat apa saja untuk si dia. Tapi pernah tak kita fikir,apa perkara yang akan membuatkan Allah rasa 'senang' dan 'gembira' dengan kita??Fikirkanlah, mungkin kita belum betul2 cintakan Allah lagi. Rasa cinta kita kepada Allah, Khalik kita kadangkala ditandingi cinta kita kepada manusia. Patut ke? Sedangkan Allah dah  menciptakan kita dan sepatutnya rasa cinta kepada Allah menandingi cinta manusia sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah Yang Maha Satu.

Cuba kita ingat balik, berapa ramai manusia dalam dunia yang memberitahu seluruh dunia yang mereka cintakan atau rindukan bf atau gf mereka setiap kali mereka update status kat facebook. Mesti pernah tengok kan?Tapi pernah ke kita nak lahirkan rasa cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta.



Berapa ramai orang dalam dunia ni, yang boleh menitiskan air mata sebab mendengar azan yang berkumandang? Dan berapa ramai orang yang menggedik kat handphone masing2 bila bergayut dengan 'couple' mereka?

Ya Allah ampunkanlah aku dan seluruh muslimin dan muslimat jika kami pernah berbuat seperti itu. Sesungguhnya jalan yang terbaik ialah taubat nasuha. Di sini ingin aku kongsikan satu cerita:

Ada satu kisah di mana satu (seorang) muazzin, dia azan selama 32 tahun, (suatu ketika) dia mengikut satu jalan dan dia telah terlihat, mata pandangannya terkena (terpandang) kepada kepada seorang perempuan kristian dalam keadaan telanjang.

Selepas dia melihat perempuan itu lalu dia jatuh cinta kepada perempuan itu. (Kemudian) dia (muazzin itu) pergi kepada ibu bapa dia (perempuan itu) lalu berkata: "Kahwinkan lah saya dengan anak perempuan kamu."
Ibu bapa perempuan berkata: "Kamu orang Islam macam mana boleh kahwin dengan anak saya, kami orang kristian, kamu kena tinggalkan Islam dulu."
Muazzin kata: "Saya sedia tinggalkan Islam."
Ibu bapa perempuan itu kata: "Hanya dengan kamu cakap saya tinggalkan Islam, kami tak percaya, kamu kena tunjukkan kepada kami cara praktikal. Kamu kena makan daginig babi, minum arak baru lah kami terima kamu telah tinggalkan Islam."
Muazzin kata: "Saya sedia."
Lalu dia (muazzin) memakan daging babi dan minum arak, (dalam seumur hidupnya) tak pernah (dia) minum arak dan makan babi dan (lalu) dia telah mabuk.
Dan orang itu (ibu bapa perempuan itu) kata: "Kamu naik atas (rumah), anak saya akan jumpa kamu di atas, kamu sudah dinikahkan dengan anak saya."
(Maka) Dia (muazzin itu) naik tangga untuk naik ke atas, (dalam keadaan) dia mabuk, (tiba-tiba) dia telah terjatuh dan telah mati.
******
Siapakah dia tuan-tuan? dia (seorang yang) telah azan selama 32 tahun lalu bersembahyang.
Ada orang azan dan sembahyang tapi dia punya azan dan sembahyang tidak dapat selamatkan dia dan dia telah mati dalam keadaan tiada iman. Oleh itu, kita kena takut macam mana keadaan kita yang akhir.


Daripada kisah ni, dapatlah diambil pengajarannya iaitu janganlah kita ingat kita betul2 baik bila kita da solat 5 waktu dan sebagainya, tapi ingatlah untuk sentiasa perbaiki diri dan mengekalkannya. Ya, nak berubah memang mudah, tapi nak kekalkan memang payah.

Buat mereka yang masih lagi hanyut dengan cinta manusia, ingatlah:

-Cinta manusia, manusia akan mati
-Cinta monyet, monyet akan mati
-Cinta Allah, cinta hakiki kekal selamanya

I Love You Allah. Semoga setiap hari rasa cinta kita kepada Allah semakin mendalam :)

Monday, 11 July 2011

Lepaskanlah/Just Let It Go


Aku masih lagi mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan pada hari esok. Terdapat beberapa chapter lagi yang belum ku selak.
12.00 AM
Mataku sudah mula merasa mengantuk. Aku berniat mahu bangun awal esok pagi dan menyambung apa yang tinggal kerana kurasakan ku masih ada masa, sebelum peperiksaan bermula pada pukul 9.00 pagi. Selalunya sebelum peperiksaan, aku tidur lebih lewat dari hari ini.
9.40 AM
Aku terjaga dari tidur. Aku tersentak. Aku sudah lewat lebih kurang 40 minit. Aku sepatutnya berada di sana lebih awal. Aku kejutkan teman sebilikku. Aku menangis di depannya. Dia minta maaf kerana tidak mengejutkanku. Tetapi aku tidak menyalahkannya. Dia tiada peperiksaan hari ini. Aku tidak menyalahkannya. Sungguh. Ketika itu apa yang menjadi percaturanku samada mahu pergi ataupun tidak. Aku meguatkan diriku ketika itu. Temanku itu juga menasihatiku untuk pergi. Aku bersiap-siap dan terus pergi. Aku masih menangis ketika perjalanan pergi.
Ketika aku sampai di sana, aku berjumpa dengan pengawas peperiksaan dan meminta dia untuk memanggil pensyarahku. Pensyarahku datang kepadaku, dan aku merayu kepadanya. Dia menyatakan aku boleh menjawab peperiksaan itu, tetapi ia belum tentu diterima. Dia menyuruhku untuk berdoa. Kemudianya aku menjawab soalan peperiksan tersebut. Mujur soalan agak senang dan aku pernah mejawabnya di dalam kelas sebelum ini. Sepanjang peperiksaan itu, aku menguatkan diriku dan berkata, "Tak apa, yang penting aku dah buat yang terbaik". Tetapi, alangkah tersinggunya perasaan aku ketika sedang menjawab soalan kerana ada seorang pegawai yang lain berkata, "Awak tahukan yang ni tak confirm lagi boleh terima ke tak?". Aku ketika itu hanya  menganguk dengan lemah. Aku amat sesal dengan soalannya. Aku juga tahu. Tapi aku amat mengharapkan semangat dari orang semasa itu. Bukan kata-kata yang merundum perasaanku ketika itu. Aku hanya mampu bersabar walaupun mataku secara tidak lansung berair.
12.00 PM
Peperiksaan tamat. Aku melihat teman-teman aku gembira kena peperiksaan untuk kertas itu sudah tamat. Ketika itu, aku marahkan mereka kerana tidak lansung mempedulikan rakan mereka yang selama ini di dalam kelas sentiasa bersama. Yang sebelum ini berkumpulan. Aku marahkan mereka kerana tidak lansung menghantar pesanan ringkas kepadaku. Dan aku paling marahkan seorang itu, kerana sebelum ini aku sentiasa mengajaknya ke kelas bersama-sama. Tidak pernah lupa. Tetapi ketika peperiksaan dia tidak lansung mempedulikan aku. Aku sedih. Kerana kurasakan, persahabatan kami kuat. Susah dan senangnya bersama.
Selepas itu, aku masih lagi memikirkannya. Menyalahkan semua orang disekelilingku. Aku sentiasa menangis apabila mengingatkanya. Apatah lagi, ianya adalah peperiksaan yang pertama. Aku sudah tiada semangat lagi untuk menjawab kertas-kertas lain. Aku merasakan semuanya gelap. Aku risau, tetapi ketika itu, mindaku dan hatiku sentiasa mengingatkan kejadian itu. Aku juga mahu melupakannya dan fokus kepada kertas lain, tetapi terlalu sukar.
Kemudian, aku berjumpa teman baikku. Aku bercerita dengannya. Aku menangis depannya. Dia mendengarnya. Aku amat terharu. Sebelum ini, semua rakanku yang lain seolah tidak mempedulikan masalah aku, dan meganggap itu hanya masalah kecil yang berpunca dariku. Betulah, Allah tidak menjadikan orang lain sia-sia untuk kita. Kita hidup adalah untuk membantu yang lain. Aku masih ingat. Hanya sepotong ayat yang merubah sepenuhnya pandanganku."Hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya". Aku terdiam. Ketika itu aku rasakan amat tenang. Seolah-olah aku melihat cahaya itu kembali.
Allah Maha Besar. Allah Maha Kaya. Allah Maha Kuasa. Segala yang di dunia ini adalah dari Allah. Kembalilah kepada Allah ketika hati ini gelap. Allah akan menunjukkkan kembali cahaya. Allahu Akbar.
...........
Hari berlalu hari. Hari ini, keputusan akan keluar. Sentiasa ada debaran setiap kali keputusan. Aku berdoa, "Ya Allah, semoga aku lulus untuk semua kertas, dan jika tidak, semoga aku dapat menerima ianya dengan reda" Keputusan pertama yang ku lihat adalah kertas tersebut, dan aku gagal. Tetapi ketika itu aku sudah reda. Aku hanya tersenyum ketika itu. Kerana itulah yang terbaik buatku.
Kini aku juga tidak lagi marah kepada yang lain, kerana aku tahu, ini semua adalah ketetapan Allah kepadaku. Juga bukan mereka tidak mempedulikanku, tapi kerana itulah ketetapan Allah. Redalah dengan semua yang terjadi. Aku tidak lagi menyimpan rasa dan kini hati ini sangat tenang. Lepaskan la, rasa marah itu, lepaskanlah dengan rasa redha.
Redalah..Redalah dengan apa yang telah terjadi. Lepaskan ia pergi. Itulah yang terbaik. Allah sudah menentukannya. Jangan dikenang lagi..
Kadang-kadang kita terlalu lama mengenangkannya, sehingga kita tidak nampak jalan keluar yang lain. Apabila satu pintu kebahagian tertutup, Allah membuka pintu-pintu lain. Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. Rahmat Allah itu terlalu luas. Jangan diketepikan. Itu namanya manusia yang tidak tahu bersyukur.
Jangan kita tergolong di dalam golongan itu. Redalah walaupun ia pahit. Redalah walaupun ia sakit. Kerana Allah tahu yang terbaik.

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada   kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.(Surah Ibrahim 14: Ayat 7) 
Sumber iluvislam.com

Sunday, 10 July 2011

Kucing Haiwan Kesayangan Nabi

Salam alaik.


Alhamdulilah, setiap hari kita diberikan nikmat bernafas di muka bumi ni, kalau tak masakan tidak anda boleh membaca coretanku ini.Huhu.


comelnya kucing ni.geram tengok


Dalam sebuah Hadis Nabi, diriwayatkan oleh Dawud bin Salleh at-Tammar dan ibunya menerangkan bahawa budaknya memberikan Saidatina Aisyah r.a. semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata beliau sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya,setelah Aisyah mengerjakan solat, ia lupa ada bubur. Tanpa disedarinya. datanglah seekor kucing lalu  menjilat sedikit bubur itu. Ketika ia melihat kucing itu memakan bubur tersebut, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing lalu memakannya.

Rasulullah saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling" Aisyah r.a. pernah melihat Rasulullah saw berwudhuk dari sisa jilatan kucing (HR al-Baihaqi, Abdul Razzaq dan al-Daruquthni).

Dari hadis2 nabi ni kucing ni adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad saw. Disebabkan itu,memeliharanya adalah sunnah.Apalah salahnya jika kita memelihara haiwan kesayangan Nabi, siapa tahu ia akan dikira sebagai satu kebajikan yang besar di sisi Allah.

Sebab tu aku kagum dengan sesiapa yang boleh bela kucing sampai 20 ke 30 ekor. Hebat, hebat. Memang betul hidupkan sunnah Nabi. Lepas kucing aku si Tompok dah mati, aku pun tak bela kucing dah. Lagipun takde siapa yang nak bela dan jaga kalau aku balik Shah Alam. Huhu.

Aku puji jiran aku yang bela banyak sangat kucing. Aku pun tak pasti berapa banyak, tapi yang penting banyakla. Kesian kat jiran aku tu, diorang takde anak, dah berpuluh tahun kahwin, Allah uji diorang dengan tak diberikan zuriat. So, berpuluh ekor kucing dapat dilihat di perkarangan rumah diorang.

Walaupun diorang tak dapat berbakti kepada zuriat diorang, but at least diorang berbakti kepada haiwan belaan diorang. So,aku tak faham kenapa ada orang yang sanggup menyepak terajang haiwan kesayangan Nabi ni. Kalau geli ke, tak suka ke, kita tak ada hak nak seksa haiwan sampai macam tu. Kalau kau tak suka haiwan tu menggesel kat kau, just halau jela tak perlu sepak terajang bagai. Kesian tau.:(



kejam!!





So, moral of the story:
1) berbuat baik sesama insan/manusia
2) berbuat baik kepada haiwan nescaya kita akan terima balasan baik daripada Allah swt

Semoga kita semua sentiasa di dalam limpah kurnian-Nya. Insyallah.

Friday, 8 July 2011

Di Sebalik Tabir

Assalamualaikum wbt kepada sudi nak membaca apa yang aku bakal bebel sebentar lagi.

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Di dalam bahasa Arab dikenali sebagai sayyadul ayyam. Dan hari Jumaat ni sangatlah bererti bagi aku sebab hari ni first day aku kerja setelah beberapa bulan duduk tercongok tanpa berbuat apa-apa demi untuk menghabiskan cuti sem paling lama di dekad ini.

Aku adalah manusia yang paling tak berapa produktif semasa cuti. Macamlah time tak cuti aku profuktif sangat. Uhuk2, terbatuk pulak. Terasa.Ok, dipendekkan cerita, abis exam hari tu bulan 5 dan sekarang bulan 7, baru aku dapat kerja main-main. Isy, aku ni, mana ada kerja main-main. Walau apa pun kerja yang diberikan kepada kita, kita kena buat dengan bersungguh-sungguh dan profesional,sebab aku kan profesional.Ok, aku perasan aku ni memang perasan orangnya.

Disebabkan aku tak reti menggunakan apa-apa jenis kenderaan yang ada kat rumah aku ni, jadi abah aku lah yang TERPAKSA menghantar aku ke tempat kerja. Menyusahkan betul la aku ni. Abah pun da pencen, so apa salahnya hantar aku kan.Hehehe. Daripada aku menghabiskan beras dan berhibernasi je baik aku keluar mencari rezeki. 

Early birds catch the worm. Maksudnya di waktu pagi la kita kena keluar mencari rezeki, bukan bila matahari dah terpacak di atas kepala baru kau nak bangun(peringatan buat diri sendiri sebenarnya). Dan of course la pagi2 buta abah dah gi hantar aku, time adik aku pun sibuk gak nak g sekolah.

Allah berfirman,"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung" [al Jumuah: 10]

So, sesiapa yang takde kerja lagi tu, pergilah cari kerja sementara dulu, sementara nak tunggu kerja betul2.At least lepas duit untuk beli jajan kepada diri sendiri.Kerja aku agak penat sikitlah, lutut pun dah longgar2 sebab berdiri lama. Mengadanya aku, berdiri lama sikit pun tak boleh. 

Tapi aku suka kerja ni, Masuk pagi, pastu balik tengahari. Lepas tu tadi boss da kasi gaji untuk hari ni.Yeah, petang boleh pergi pasar malam.Huhu.Yang paling best, sabtu n ahad cuti.


Okey, aku kerja ape ek? Adalah. Kerja di sebalik tabir je.^_^

Wednesday, 6 July 2011

Sejauh mana kerabunan anda?

Salam.

Hari ni aku nak bagi tips untuk menerangkan/ mencerahkan mata.Aku bukanla pakar dalam hal2 mata ni tapi cuma nak berkongsi saja. Aku adalah manusia  rabun  satu-satunya dalam family aku. Aku je yang dalam family pakai spec, nampak janggal je. Itupun aku start pakai spec masa nak masuk UiTM sedangkan sebelum tu dah tau diri sendiri ni rabun tapi cakap kat diri sendiri yang aku boleh hidup tanpa spec. Tapi last2 aku pakai jugak sebab tak tahan sakit kepala. Dan aku bukan rabun biasa-biasa je. Aku rabun silau bercampur pulak dengan sedikit rabun jauh. Tapi silau tu lagi ketara la.

Ikut Artikel yang aku baca kat Kosmo,ada 2 sebab kenapa silau ni terjadi.

Pertama

Silau berpunca daripada astigmatism( penglihatan menjadi kabur pada semua jarak sebab kornea atau kanta tak sekata)

Bayangkanlah aku tanpa cermin mata,dengan silau mata kanan aku nak dekat 400, sebelah kiri lebih kurang 350 (last aku check tahun lepas), nampak memang nampak tapi kaburla macam gambar kat atas ni. Kalau time lecture tertinggal spec, baik tidur aje sebab sakit kepala tak tahan silau. Scary merry.

Kedua

Keradangan atau jangkitan mata.

Aku tak pasti masalah silau aku ni berpunca daripada pertama atau kedua sebab aku bukan pakar. Tapi mungkin kedua-duanya sekali. Dulu masa zaman kanak-kanak, aku memang suka tengok tv dekat2, lepas tu kalau mata gatal, suka gosok kuat2.

Kesan silau pada diri

Sakit kepala, mata letih dan silau kronik.In short, akan menyukarkan penglihatan secara normal sebab akan selalu sakit kepala kalau tak pakai spec. Lagi satu, orang yang rabun silau akan mengalami kesukaran kalau nak drive malam-malam.Aku waktu siang pun tak drive apatah lagi waktu malam.Aha.

mak aih,silaunye mata


Perkara yang boleh dilakukan:
1. sabar jela.pakai je spec tu sampai tua.
2. buat pembedahan mata untuk implan kanta
3. rawatan laser
4.banyak makan makanan yang banyak vitamin A macam betik, carrot etc
5.Tips baru dapat-amalkan membaca  4 Kul (Surah an-Nas, Surah al-Falaq, Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Kafirun) ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur. Sambil2 tu niatla supaya Allah terangkan penglihatan mata kita. Insyallah.

Sebenarnya banyak lagi tips, tapi cuma rajin tak rajin je nak amalkan.Doa-doakanla ye moga2 aku tak perlu pakai spec sampai tua. Tak tahu kenapa, mungkin tak sedar diri mata memang rabun.Ataupun tak selesa ada benda alah kat mata ni, maksudnya spec la.

Kepada anda yang mata sihat walafiat, tak bermakna anda tak perlu jaga kesihatan mata. Peliharalah sementara masih elok lagi ye. Sama-samalah kita usaha ke arah tu. Mata pun kena bagi makanan juga.

:)

Monday, 4 July 2011

Cara-cara Untuk Elakkan Diri Daripada Mengumpat Orang Lain

Salam a'laik.

Sebut pasal mengumpat ni, kadang2 tanpa kita sedari, kita dah bercakap buruk pasal orang lain, termengata orang lain tanpa dia tahu pun. Yalah, nama pun mengumpat, mestila tuan punya badan tak tahu. Betapa Islam tidak menyukai amalan mengumpat ni sehingga mengumpat dumpamakan seperti memakan daging saudara seagama. Sanggup ke nak makan daging orang?Ewww..Tapi itulah hakikat sebenar, kebanyakan orang memang gatal mulut nak mengumpat pasal orang lain sedangkan diri sendiri tahu dosa pahala. Mari kita sama-sama ingatkan diri kita

Dalam sebuah Hadis Nabi yang bermaksud "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat "(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


A:tengok si Samat tu besau macam kerbau
B:Hehehehehe

Scary bila difikirkan balik berapa ramai orang yang kita kena minta maaf sebab kita terumpat orang tu sama ada sengaja atau tidak. Lagipun tak mudah untuk melafazkan maaf."Sorry, aku terngumpat ko semalam masa aku tengah borak dengan si Peah" Dan jika mangsa umpatan berkata,"Owh, takde hal la.Aku da maafkan kau dunia akhirat". Kalaulah semudah itu. Tapi tak semua orang dalam dunia ni mudah nak meminta maaf. Salahkan orang lain adalah." Dah dia yang perangai entah pape, seksi, hisap rokok, memang patutla kena ngumpat dengan aku. Kirim salam la kalau aku nak minta maaf dengan dia!!" See..this is awful truth.

Sebab tu ada pepatah mengatakan, "mencegah lebih baik daripada merawat". Pepatah ni bukan applicable untuk merawat penyakit saja tapi jugak untuk merawat/ mengelak daripada terngumpat orang lain.

Pertama


Selalu ingat dalam kepala yang mengumpat itu hukumnya dosa besar dan kebanyakan penghuni neraka adalah wanita yang hobinya mengumpat je.

Kedua

Pilih kawan2 yang tak suka mengumpat. Zaman sekarang ni, bukan saja perempuan yang mengumpat, orang lelaki pun kadang2 mengumpat juga. Tak salah nak kawan dengan orang2 yang macam ni, tapi bila diorang da start nak mengumpat tu, adalah baik kiranya kita memblahkan diri, tak payah kongsi dosa mengumpat tu ye.

Ketiga

Daripada mengumpat, lebih baik kau banyakkan berzikir ke, selawat ke, dapat gak pahala. Mengumpat memang seronok, tapi kesannya tak berapa seronokla.

Keempat

Kalau kau dah terngumpat orang, baik kau cepat2 minta maaf pada tuan empunya badan,mudah-mudahan dia nak maafkan sebab pada kebiasannya orang yang diumpat tu adalah someone yang kita kenal, contoh macam jiran , adik-beradik,saudara-mara, kawan2 dan sebagainyalah. Tak larat nak list down kat sini.

Nota kakiku:

Itu kalau terngumpat orang yang kita kenal, kalau kita terngumpat artis ke, menteri ke macam mana nak minta maaf tu???Gulp..