Pages

Monday, 4 July 2011

Cara-cara Untuk Elakkan Diri Daripada Mengumpat Orang Lain

Salam a'laik.

Sebut pasal mengumpat ni, kadang2 tanpa kita sedari, kita dah bercakap buruk pasal orang lain, termengata orang lain tanpa dia tahu pun. Yalah, nama pun mengumpat, mestila tuan punya badan tak tahu. Betapa Islam tidak menyukai amalan mengumpat ni sehingga mengumpat dumpamakan seperti memakan daging saudara seagama. Sanggup ke nak makan daging orang?Ewww..Tapi itulah hakikat sebenar, kebanyakan orang memang gatal mulut nak mengumpat pasal orang lain sedangkan diri sendiri tahu dosa pahala. Mari kita sama-sama ingatkan diri kita

Dalam sebuah Hadis Nabi yang bermaksud "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat "(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


A:tengok si Samat tu besau macam kerbau
B:Hehehehehe

Scary bila difikirkan balik berapa ramai orang yang kita kena minta maaf sebab kita terumpat orang tu sama ada sengaja atau tidak. Lagipun tak mudah untuk melafazkan maaf."Sorry, aku terngumpat ko semalam masa aku tengah borak dengan si Peah" Dan jika mangsa umpatan berkata,"Owh, takde hal la.Aku da maafkan kau dunia akhirat". Kalaulah semudah itu. Tapi tak semua orang dalam dunia ni mudah nak meminta maaf. Salahkan orang lain adalah." Dah dia yang perangai entah pape, seksi, hisap rokok, memang patutla kena ngumpat dengan aku. Kirim salam la kalau aku nak minta maaf dengan dia!!" See..this is awful truth.

Sebab tu ada pepatah mengatakan, "mencegah lebih baik daripada merawat". Pepatah ni bukan applicable untuk merawat penyakit saja tapi jugak untuk merawat/ mengelak daripada terngumpat orang lain.

Pertama


Selalu ingat dalam kepala yang mengumpat itu hukumnya dosa besar dan kebanyakan penghuni neraka adalah wanita yang hobinya mengumpat je.

Kedua

Pilih kawan2 yang tak suka mengumpat. Zaman sekarang ni, bukan saja perempuan yang mengumpat, orang lelaki pun kadang2 mengumpat juga. Tak salah nak kawan dengan orang2 yang macam ni, tapi bila diorang da start nak mengumpat tu, adalah baik kiranya kita memblahkan diri, tak payah kongsi dosa mengumpat tu ye.

Ketiga

Daripada mengumpat, lebih baik kau banyakkan berzikir ke, selawat ke, dapat gak pahala. Mengumpat memang seronok, tapi kesannya tak berapa seronokla.

Keempat

Kalau kau dah terngumpat orang, baik kau cepat2 minta maaf pada tuan empunya badan,mudah-mudahan dia nak maafkan sebab pada kebiasannya orang yang diumpat tu adalah someone yang kita kenal, contoh macam jiran , adik-beradik,saudara-mara, kawan2 dan sebagainyalah. Tak larat nak list down kat sini.

Nota kakiku:

Itu kalau terngumpat orang yang kita kenal, kalau kita terngumpat artis ke, menteri ke macam mana nak minta maaf tu???Gulp..


5 comments:

Siti Arfah said...

Perkongsian menarik. :) . Em mmg perempuan rmai msuk neraka, Allahuakbar. Sdey rse . Jom, sme2 kita cuba utk elakkan mengumpat ni

nourelcahaya said...

nice entry..caya lah..

asnizapunye said...

@Siti arfah:insyallah..sama2 la kte doakan:)

@ain:biase je ain..sekadar berkongsi:)

::DhuHA- The Next Syahidah:: said...

hahaa.. tambah tips.. setiap kali nak mengumpat cermin diri dulu, dah baik sangat ke sampai boleh memburukkan orang lain.. selalunya yang berani mengumpat ney, adalah mereka yang rasa dah okey sangat...:D

asnizapunye said...

@Farhana:setuju sangat..itulah pepatah ada mengatakan, "kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"