Pages

Tuesday, 28 June 2011

Cerita Lelaki Myanmar

Assalamualaikum.

Ini bukan cerita lelaki Myanmar biasa, tetapi lelaki Myanmar yang luar biasa. Ceritanya macam ni, sabtu lepas, aku, abah dan abang aku g makan kat kedai makan kat area Ayer Hitam.Masa tu dah lebih pukul 1 pagi dah dan aku sangat mengantuk masa tu sebab kitorang baru balik daripada Kota Tinggi, so penatla even bukan aku yang drive. Oho.Aku kalau diberi pilihan antara tidur dengan makan, memang aku pilih tidur. Tapi disebabkan abang aku lapar, so layankan ajelah.

Cari2 kedai makan, so jumpalah satu kedai ni. Aku nampak ada roti canai kat kedai tu, so order roti canai ajela senang. Oho, menambah kolesterol di malam hari.Tunggu punya tunggu dekat 15 minit gakla baru sampai roti canai tu.Kebetulan abah dengan abang aku pun order roti canai jugak.So, masing2 menghirup air jela sementara tunggu penebar roti canai mencanai tepungnya.Aha, dalam pada masa yang sama aku pun membeleklah wajah si penebar roti canai. Bukan nak ngurat ye, saja je tengok.

"Rasa macam bukan orang sini" aku cakap dalam hati. Maksudnya si penebar roti canai bukanla orang tempatan,mungkin orang Bangladesh bak kata abang aku. Confident je beliau.Ok,pastu roti sampai, kitorang borak2(aku,abah dan abang aku) sampai tak perasan dah nak dekat pukul 2 pagi, sampai kosong kedai tu takde orang. Kira kitorang last customer la, sebab tadi masa kitorang mula2 masuk kedai tu agak ramai juga walaupun dah malam. Biasela orang lelaki g mengeteh malam2. Aku takpe, aku ditemani mahram siap pakai baju kurung lagi. Aha.

And then,lepas dah bayar semua2 tu, abah aku boleh pulak berborak dengan tauke kedai tu. Tak tahula apa nama beliau. Nampak excited je borak. Abang aku pulak terus je approach si penebar roti canai yang bikin roti kitorang tadi. Aku decide untuk join abang aku berborak dengan dia. Nak tahu apa soalan pertama abang aku tanya kat dia? "Eh, you ni orang Bangladesh ye?" Abang aku punyala confident sejak dari tadi. Aku tengok mamat ni kulitnya cerah, mustahil orang Bangladesh sebab org Bangla yang aku selalu nampak kulitnya agak gelap takpun memang gelap. Aku bet, mesti dia orang Nepal,takpun Myanmar.

Aha.Sekali betul, dia bukan Bangladesh, dia orang Myanmar. Abang aku makin excited nak borak dengan dia, borak sambil berdiri pulak tu.Abang aku siap puji2 orang Myanmar lagi. Katanya, orang Myanmar kat tempat dia tinggal tu kalau setiap kali Hari Raya Korban atau Haji mesti tak lokek nak keluarkan belanja untuk buat korban. Contoh, tahun ni sekor lembu untuk korban, tahun depan mesti up jadi 2 or 3 ekor. Ha..see?

Pastu dia cerita pasal pengalaman dia datang Malaysia ni. Percaya tak dia kata, dia masuk ke Malaysia dengan berjalan kaki selama 6 bulan barula sampai!! Kalau kita yang kat Malaysia ni, nak jalan kaki sikit pun malas. Mengeluh itu ini.Dia jalan kaki daripada Myanmar ke Thailand sampai ke Golok, pastu akan singgah di masjid untuk solat dan cari makan.Pastu abang aku curious lagi nak tahu, dia pun tanya," dalam pada jalan2 kaki masuk Malaysia tu tak kena tangkap ke?" Yalah, dia masuk Malaysia secara haram kan, passport pun takde apatah lagi IC kaler biru yang macam kome ade.Nak tahu apa jawapan dia??

Dia kata, berkat doa ibu dia yang mendoakan dia supaya selamat dan dapat mencari rezeki kat Malaysia la menyebabkan dia selamat daripada kena tangkap masa tu.Katanya lagi, hidup kat Myanmar bukannya senang, lagi2 keluarganya  orang susah. Tapi sekarang lepas 20 tahun hidup kat Malaysia dan cakap Melayu pun fasih dan terbukti BM sebagai lingua franca.Aha.Lagipun sekarang dia ada permit kerja, so tak heran lah kalau imigresn sergah nanti.

Aku puji semangat dia yang sanggup berkorban demi family, sanggup gadai nyawa g negara orang sebab nak cari rezeki. Orang kata rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Kalau nak dibandingkan dengan orang Malaysia yang ada sifat M yang menebal dalam diri mereka especially orang  Melayu, suka sangat memilih kerja, nak kerja best2 pastu nak gaji besar2 tak kira halal haram. Itu tak kira lagi yang ambik rasuah, pastu bagi makan anak bini. Nauzubillah. Apa kau ingat gaji penebar roti canai kecik ke? Gaji diorang lagi besar daripada gaji penggali kubur tau(dialog cte Lagi2 Senario).

Di akhir perbualan abang aku dan sang lelaki Myanmar yang aku tak tahu namanya, dia berpesan kepada kami, Jangan sakitkan hati ibu kamu, jangan biar dia menitiskan setitik air mata pun kerana jika terguris hatinya, maka derhakalah kamu dan tak bau syurgala kamu. Orang yang menyakitkan hati ibunya ketika hayatnya selayaknya dibakar sahaja  kemudian baru ditanam. Punyala dia bengang dengan Tanggang Moden yang selalu je kita dengar cerita kebelakangan ni.

Pastu dia pesan, kalau kerja, dapat gaji, bagi duit kat mak, baru duit tu berkat. Kalau gaji beribu2 sekalipun bagi sepuluh hinggit kat mak pun tidak, tak selamatla hidup. kedekut dengan mak sendiri.macam mana hidup nak berkat kalau mak dah tawar hati nak doakan kesejahteraan kita?


So, pengajaran yang aku dapat kat sini ialah, hargai ibu anda selagi mereka masih hidup dan doakan kesejahteraan mereka di alam sana jika mereka sudah memejamkan mata. Sesungguhnya doa anak soleh dan solehah amat2 diperlukan oleh ibu bapa bila mereka sudah tiada lagi:)



2 comments:

nourelcahaya said...

belajar dr kehidupan org lain..

noname said...

ya tepat sekali:)