Pages

Wednesday, 17 August 2011

Hikmah Terselit Di Situ

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran kepada kawan2 yang membaca. Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk menulis sepatah dua kata di sini. Tapi rasanya macam lebih je,,huhu tak apa lah kan.Bagaimana dengan ibadah puasa kita? Adakah masih sama seperti pada tahun2 yang sebelumnya? Atau ada sedikit perubahan dan peningkatan?

Aku mula terfikir ada hikmahnya cuti semester selama 4  bulan ni, masakan tidak, bayangkan kalau tiada cuti ni pasti aku akan bergelumang dengan segala jenis buku undang-undang (yalah sebab aku budak law) dan segala jenis kes untuk dihafal, nama kes pulak berbelit-belit, kalau nama orang Melayu boleh tahan lagi, ini nama yang pelik, macam Alfonso de Al Bukak ke? macam mana nak hafal? 




gambar sekadar hiasan-ehsan pakcik google







Satu lagi, kalau tiada cuti 4 bulan ni, pasti aku akan terkejar-kejar atau curi2 masa nak solat terawih.Mungkin tak dapat nak buat secara berjemaah, terpaksa buat bersendirian memandangkan jadual kelas yang sangat pack, dalam seminggu mesti ada 2 ke 3 kelas yang sampai malam. Hampir tersengguk-sengguk dibuatnya, walaupun kadang2 tu baru masuk waktu tengahari. Oh tak tahu letih pasal apa.Otak penat mungkin?

Jadi aku bersyukur sangat disebabkan cuti 4 bulan yang akan berakhir tak lama lagi ni, aku dapat duduk di rumah, tanpa perlu membaca apa2 buku berkaitan dengan undang-undang dan seangkatan dengannya. (Maafkan aku, aku tiada niat untuk menganaktirikan kau wahai buku)Aku bukan kejam, aku cuma nak merehatkan otak aku je *alasan*

Lagipun dengan adanya cuti ni, aku tidak perlu tergesa-gesa untuk bersolat, apatah lagi dalam menunaikan solat terawih dalam bulan puasa ni,boleh jemaah ramai2 kat surau, tak ke untung aku. Lagipun disebabkan cuti ni, dapat juga duduk rumah selama 4 bulan,boleh mak aku tengok muka aku ni sampai bosan.huhu. Tahun depan aku dah start kerja, inilah peluang yang ada untukku bermalas-malasan di rumah sebelum aku menempuh alam perkahwinan  pekerjaan. Chewah, doa-doakanlah ya.

Tapi memandangkan cuti yang bakal berakhir tak lama lagi,dan aku pun dah register subjects kat student portal tadi, adakah bermakna aku sudah bersedia untuk menempuh 1semester lagi pengajian di UiTM Shah Alam yang sangat tercinta itu?

Mungkin ya, mungkin tidak.Hanya aku yang boleh tentukan, setelah beraya sakan  sederhana pada 31 Ogos nanti.Oh serentak dengan hari merdeka rupanya.

p/s:aku happy sebab masih dalam mood cuti. anda pula bagaimana?




21 comments:

::Cik Pija:: said...

best kan dapat puasa penuh kat rumah? ni pun first time utk cikpija jugak. selama ni selalu puasa kat perantauan je hahahaha. xD takpe, gunakan cuti yg masih berbaki dgn sebaik2nya. ^_^

mocha~ said...

tak sabar nak masuk U!! cepatlah habis cuti..hehe

aiman said...

hehe.. jom masuk U.

miZz_nizZ said...

itula!!msih nk bercuti..awl sngt msuk.rye kn sbulan!haha

pengemis Cinta~ said...

owh tidak..tamau pulang ke Uni..;) pc pun pendapt sama macam awak..masa mula2 diumum cuti 4bulan,adeiyh.geram.tapi bila fikir balik.ad hikmahnya.astaghfirullah..tiap sesuatu ada hikmahnya.insyaAllah..;)

MiaHani said...

lebih baik cuti panjang, senang nak tumpukan amal ibadat. tak kelam kabut sgt, tenang ja..hehe

H.J said...

cuti aku dah nak habis da.haha

iMBobo said...

tak masuk u nnt xde masa nk blogging lagi mcm skrg :(

fa-in said...

cuti sy pun dah nak abis lepas 2 minggu raya.
masa utk blogging mungkin berkurang,byk esimen nnt.. !_!

asnizaziz said...

@cikpija:tau takpe,selalu kat perantauan je..huhu

@mocha:itulah kdg2 xsabar gak,bosan lama2 kat umah.

@aiman:jom,jom :)

@mizz_nizz:kalo cmtu cuti terus sampai raya haji la..hehe

@PC:betol, ade hikmahnya:)

@miahani:betol, tak kelam kabut.

@HJ:bukan cuti kau sorang je..cuti aku pom XD

@IMbobo:takpela bole selalu update belog kan..positif la :)

@fa-in:tau takpe,,huhu,bersawang la blog ni pasni T___T

JIJI YU said...

aku kalo dok rumah.aku mmg takleh nak stadi

hikari said...

rupenye kita sekampus ya..lain kos je..he2..slmt kembali ke uitm terchenta..=)

sakurasue said...

saye pon tgh bersyukur dgn cuti 4 bln,dn xnk ianya berakhir :D

exora said...

salam asniza...

besnyer dpt ct lama kan...
tmbh pulak bln ramadan, dptla menjalani ibadah puasa sebaiknya...

sergeant keroro said...

tak sabar nak balik, hehe XD

asnizaziz said...

@JIJI:Setuju !

@hikari:selamat2 :))

@sakurasue:bersykur sgt :)

@exora:itulah best dpt pose kat umah

@keroro:xnak balik! :p

adanhayad said...

ye betul2. dah lame tak merase puasa sebulan sambil bercuti cuti malaysia kat rumah. (last mase skolah rendah =.=)

amna said...

nikmati cuti yang berbaki.. uhuhu

ch!natsu said...

seronoknyer kome2 student cuti pnjg.. kami yg bekerja nie cuti weekend jerla.. huhu..

asnizaziz said...

@adanhayad:sy last skolah menengah ==

@amna:ya, sdg menikmati ni :)

@chinatsu:ala, kesiannya, takpe nant kami sume da keje x merasa la cuti pnjg2 cmni :((

nourelcahaya said...

memang best berpuasa di rumah wlpun bergelar status "P...."