Pages

Monday, 8 August 2011

Dugaan Menjadi Cik Iza

Selesai solat terawih....................

Seorang gadis ternampak karipap disediakan sebagai hidangan moreh pada malam itu. Dia lantas duduk menikmati juadah yang disediakan ditepi kaki lima surau.

"Wah,sedapnya karipap ni.Alhamdulilah"  Gadis itu menikmati karipap tu sambil menghirup air teh yang masih panas.

Tiba-tiba..

"Cik Iza, cik Iza" Siapa pulak panggil aku ni. Gadis itu lantas menoleh ke belakang.

"Oh korang rupanya. Nak apa? Cik Iza kan tengah makan ni" Gadis itu meneruskan suapannya.

"Jomlah balik, dah sepinggan Cik Iza makan karipap tu. Sudahlah tu" kata si Kecil, si Abang mengangguk setuju.

"oh, nak balik ehhh. Ok jom balik jom" kata si gadis sambil membungkus karipap ke dalam sehelai plastik yang disediakan.

Si Gadis mengharapkan perkara di atas berlaku, tetapi sebenarnya...........

Selesai solat terawih....................

"Ya Allah, mana budak2 ni, tak senang duduk dibuatnya"  si Gadis cuma memandang sepi pada air teh, karipap dan juadah lain yang disediakan. Hatinya mengenangkan anak2 saudaranya yang tidak kelihatan kelibat mereka  usai solat terawih tadi.

Janganlah hilang. Dahlah dah malam ni. Aku ni dahlah rabun. Pulak tu lupa diorang pakai baju warna apa. Si Gadis bermonolog dalaman.

Si Gadis tahu, dia tak boleh duduk diam lama di situ. Dia perlu menjalankan sedikit pencarian dan penyelidikan.

Dia cari di dalam surau, tak ketemu.
Dia cari di celah langsir, tak ketemu.
Dia cari di celahan pinggan, juga tak ketemu

Ke mana budak2 ni, entah dah balik tinggalkan aku? Ah, sudahh. Si gadis terus-terusan bermonolog. Last-last dia duduk bersandar di tepi surau tu. Konon penat melakukan pencarian.

Dia menoleh sekilas ke arah bawah khemah yang dijadikan tempat warga lelaki menikmati moreh. Saat itu ramai orang dah beransur pulang.

Dia cam 2 orang budak lelaki lengkap berkopiah sedang asyik makan karipap, rambutan dan macam-macam lagi. Leka budak 2 orang tu makan, tak hirau sekeliling pun. 

"Oh kat sini rupanya. Cik Iza cari daripada tadi tak jumpa.Dah, dah jom balik.Kenapa korang tak cari Cik Iza?" bebel si Gadis berdas-das sepanjang perjalanan.

p/s;lain kali nak bawak anak, anak saudara, anak menakan ke surau, masjid, shopping complex etc, sila pastikan pasang alarm pada badan mereka. Sekian.huhu



14 comments:

fa-in said...

selalu camtu kan, berimaginasi ini.. tapi yg lain pulak berlaku. cewahh :D

biasalah budak2 camtu la, kesian mak cik dia. :)

asnizaziz said...

@fain:berimaginasi nak makan karipap..huhu...budak2 lelaki mmg cmtula :D

missh chiorika said...

nasib baik jumpe balik ..

Luqeem™ said...

hehe..lain kali gna tali je ikat kt diorang

Mr. Identity said...

ni semua salah karipap!!

asnizaziz said...

@misshchiorika: itulah, kalo tak, tak pasal2 kena buat announcement..huhu

@luqeem: kejam sangat tu..huhu

@mr identity:ya, karipap punye pasal..

iMBobo said...

hehe biasalah budak2.. duduk makan xpe, jgn main mercun hehe

asnizaziz said...

@iMBobo: itulah, jangan main mercun, ade makcik yang melatah lagi kang :D

JIJI YU said...

jgn salahkan karipap tu weh.aku suke beliau

Siti Mashitah Saidin said...

budak2 nih buas.. kalau ikat pon susah gak.

H.J said...

banyak jek anak sedara dia makan..haha

asnizaziz said...

@jiji; hahaha ;D

@mashi; biasela budak2 lelaki..huhu ;D

@HJ; tauu xpeee ;D

miss fiza said...

wah gara-gara bace pasal karipap terus rase nak cari karipap bukak pose nanti..wiwiwiwi

asnizaziz said...

@missfiza: sy hari2 bukak pose dgn karipap :D