Pages

Showing posts with label mengada. Show all posts
Showing posts with label mengada. Show all posts

Thursday, 27 October 2011

Kesibukan dan Anda

Assalamualaikum.

Sepanjang 7 minggu pengajian bermula ni, saya cuma sempat mengupdate blog 2 ke 3 kali je. Makanya blog ni hampir-hampir bersawang jadinya. Nak blogwalking pun tak sempat, sempat pun jeling2 je. Ni pun curi2 masa.

Pernah satu ketika, sampai terlupa hari. Hujung minggu ke tak hujung minggu, jadual penuh. Nak basuh kain baju pun tak sempat #CehAlasan.

Sejujurnya saya merindui rumah. Bukan rumah (to be exact) tapi isi rumah, mak, abah dan adik-adik. Haishh, dah besar2 macam saya ni pun homesick. Saya rindu nak makan lauk asam pedam air tangan mak saya. Saya rindu nak makan roti canai adunan mak saya. Saya rindu katil saya. Saya rindu kelajuan internet di rumah. Saya rindu borak2 macho dengan abah saya. Saya rindu nak gaduh dengan adik-adik saya.



Saya rindu. Huarghh,bila nak cuti ni?

Tiada mood untuk menyelak buku. Semua test(ujian) kena dihadapi sebelum cuti mid term bermula minggu depan. Setakat ni, baru jawab 2 paper iaitu, Advanced Criminal Procedure II dan juga Advanced Civil Procedure II. Sabtu ni pula ada test Law of Evidence II dan pada hari ahad pula mid term exam untuk subjek Bahasa Melayu. Kan, saya mana ada hujung minggu. Semua penuh. So, tak payah nak ajak saya date time tu.
Ok saya mengarut.

Tapi bagus juga hujung minggu penuh kalau tak saya akan melakukan aktiviti lagha di bilik, seperti berhibernasi secara berlebihan ataupun menonton movie di laptop secara marathon. Malas nak keluar sebab panas, nanti muka sunburn macam fa-in.haha

p/s: wish me luck for this incoming tests! Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Insyallah.

Wednesday, 17 August 2011

Hikmah Terselit Di Situ

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran kepada kawan2 yang membaca. Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk menulis sepatah dua kata di sini. Tapi rasanya macam lebih je,,huhu tak apa lah kan.Bagaimana dengan ibadah puasa kita? Adakah masih sama seperti pada tahun2 yang sebelumnya? Atau ada sedikit perubahan dan peningkatan?

Aku mula terfikir ada hikmahnya cuti semester selama 4  bulan ni, masakan tidak, bayangkan kalau tiada cuti ni pasti aku akan bergelumang dengan segala jenis buku undang-undang (yalah sebab aku budak law) dan segala jenis kes untuk dihafal, nama kes pulak berbelit-belit, kalau nama orang Melayu boleh tahan lagi, ini nama yang pelik, macam Alfonso de Al Bukak ke? macam mana nak hafal? 




gambar sekadar hiasan-ehsan pakcik google







Satu lagi, kalau tiada cuti 4 bulan ni, pasti aku akan terkejar-kejar atau curi2 masa nak solat terawih.Mungkin tak dapat nak buat secara berjemaah, terpaksa buat bersendirian memandangkan jadual kelas yang sangat pack, dalam seminggu mesti ada 2 ke 3 kelas yang sampai malam. Hampir tersengguk-sengguk dibuatnya, walaupun kadang2 tu baru masuk waktu tengahari. Oh tak tahu letih pasal apa.Otak penat mungkin?

Jadi aku bersyukur sangat disebabkan cuti 4 bulan yang akan berakhir tak lama lagi ni, aku dapat duduk di rumah, tanpa perlu membaca apa2 buku berkaitan dengan undang-undang dan seangkatan dengannya. (Maafkan aku, aku tiada niat untuk menganaktirikan kau wahai buku)Aku bukan kejam, aku cuma nak merehatkan otak aku je *alasan*

Lagipun dengan adanya cuti ni, aku tidak perlu tergesa-gesa untuk bersolat, apatah lagi dalam menunaikan solat terawih dalam bulan puasa ni,boleh jemaah ramai2 kat surau, tak ke untung aku. Lagipun disebabkan cuti ni, dapat juga duduk rumah selama 4 bulan,boleh mak aku tengok muka aku ni sampai bosan.huhu. Tahun depan aku dah start kerja, inilah peluang yang ada untukku bermalas-malasan di rumah sebelum aku menempuh alam perkahwinan  pekerjaan. Chewah, doa-doakanlah ya.

Tapi memandangkan cuti yang bakal berakhir tak lama lagi,dan aku pun dah register subjects kat student portal tadi, adakah bermakna aku sudah bersedia untuk menempuh 1semester lagi pengajian di UiTM Shah Alam yang sangat tercinta itu?

Mungkin ya, mungkin tidak.Hanya aku yang boleh tentukan, setelah beraya sakan  sederhana pada 31 Ogos nanti.Oh serentak dengan hari merdeka rupanya.

p/s:aku happy sebab masih dalam mood cuti. anda pula bagaimana?




Tuesday, 7 June 2011

mari menjawab soalan

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Mak n abah aku

2. Benda yang terakhir korang beli guna duit korang?
Tudung

3. Di mana tempat korang langsungkan perkahwinan korang?
Belum langsung lagi, mane nak tahu

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Mane ade.Geli je bercinta-cinta ni

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Entahlah.Apa punya soalan ni?Grrr

6. Di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
Kekasih pun takde, jumpa apa pulak

7. Novel/buku/majalah terakhir korang beli?
Novel-Bagaikan Puteri hasil karya Ramlee Awang Murshid
Buku-Buku Law kot( tak ingat tajuk)
Majalah-Majalah i

8. Apakah nama penuh korang?
Asniza bt Abd Aziz

9. Antara mak n ayah mana paling rapat?
Mak

10. Namakan org betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Ah,malulah nak bagitahu^_^


11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

haruslah aku kan rajin


12. Tempat yang betul-betul korang nak pergi?
teringin nak g korea.ade sape2 nak sponsor tak

13. Pilih salah satu, peluk atau ciuman?
Apa punya soalan ni?@##$$$!@#$%%

14. Bagitau 3 benda orang yang bagi kamu tag
Haha..maap tak faham soalan

15. Benda yang paling disayangi dalam hidup korang
aku tak reti sayang benda

16. Lagu yang paling korang suka dengar? 
Maher Zain-for the rest of my life

17. Bila tarikh lahir korang dan tempat selalu korang sambut?
4 Ogos 1988, aku selalu sambut kat kedai makan dengan kawan2 aku

Soalan2 di atas dijawab hanya utk tujuan bersukaria,tiada kaitan di antara hidup dan mati
Sekian
Peace
^_^

Monday, 30 May 2011

Peliknya rasa ni..huhu

Assalamualaikum..

Hello peeps..

Setelah chat dengan seorang sahabat aku semalam tentang haiwan2 peliharaan yang ada kat rumah dia, tetibe aku nak sangat bela haiwan peliharaan atau pet ni..kwn aku siap senaraikan haiwan2 yang ada kat rumah dia..Haha..cuba lihat list ini:




Sweet pulak kucing ni dok 2 ekor je kan=)




Putih suci je arnab ni..Sesuci salju..huhu





Ayam yang berkaki ayam.Takkan ayam pakai crocs pulak..ahaks~




Err..aku tak lah pasti what type of tikus yang dia bela..so, aku berbaik sangka ajela, mungkin dia beli hamster agaknya..haha..sekali dia bela tikus rumah..erkkk..geli den..gelimat..haha:D




Okey, yang ini pelik..sahabatku, kau bela semut? Kalau macam tu, kat rumah aku pun ada..Jangankan aku, rumah orang lain pun ada, bahkan jiran-jiran tetangga aku pun ada..haha..dah sah takde kejela tu..






Hmm..tetibe aku teringat kat kucing terakhir yang aku pernah bela kat kampung dulu..namanya si tompok..gambar seperti di atas:


Tapi ini bukanlah gambar si tompok yang anda sangkakan sebab aku tak pernah ambil gambar dia pun..ni pun aku cari kat internet, inila satu-satunya gambar kucing yang look similar macam si tompokku..Owh, tapi sayang, si tompok sudah tiada di dunia lagi..mati entah di mana, aku pun tak tahu..sedih pulak=(

Hmm..agak2 kalau aku mintak seekor dua arnab daripada kawan aku dia bagi tak?tetibe rasa nak ada pet pulak..hehe:D






Saturday, 28 May 2011

idea??

Assalamualaikum semua..

Hmm..hari ini memang takde idea langsung nak menulis..Menulis ni bukan mudah, kena ada

1)masa lapang

2)fikiran tenang

Bila kita pikir2 balik pasal masa kan, kadang2 kita rasa 24 jam tu x cukup pon..kenapa ek?Sebab nampak sgtla dalam 24 jam tu kita x gunakan sebaiknya..sebab ape tau, kita kena pandang dari sudut yg positifla..mestila Allah cipta 24 jam sehari cukup punye utk manusia lakukan macam2..

kalau tido pon sampai 8 hingga 10 jam, dah ngalahkan baby..ok, bab tido ni pon aku ingatkan diri sendiri gak..siapala tak suka tido kan..nikmat wo tido especially time hujan..haha..STOP!!ok, back to business..

Hargailah masa,sepertimana kita menghargai wang ringgit


"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan mereka yg sering berpesan-pesan kepada kebenaran dan kebaikan-Surah al-asr


Hmm..bila aku fikir2 balik,dalam masa hampir 23 tahun aku hidup kat muka bumi Allah ni, kadang2 aku bukan jaga sangat bab masa ni..main hentam je, main ikut suka hati aku je..Tapi Alhamdulilah, tahun 2011 ni banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku n beri keinsafan kepada aku..Bak kata kawan aku,"slow2 kayuh, beb".

Haha..takpela..at least aku sedar..Anda bila lagi?

Kalo kita discuss pulak pasal second part iaitu fikiran tenang,hmm bila jela fikiran aku tenang kan?owh fikiran aku amat tenang bila takde exam..rase best gile..macam sekarang ni, almaklumlah cuti sem beb, pastu aku penjual anggur berjaya pulaks sekarang..bertambah bestla kehidupan akak ni..hehe

Tapi sebenarnya fikiran yang tenang tu boleh kita dapat kalau kita solat dengan khusyuk..tapi bukan semudah nak cakap je beb..at least cubalah..aku pon tgh cuba ni..seorang sahabat pernah berkata pada aku, kalau kita masukkan dunia dalam hati, lama2 dalam solat pon teringat kat dunia.Dunia oh Dunia...berani kau masuk dalam hati aku(monolog dalaman)..

gambar sekadar hiasan belaka






















Owh , takpon ko mengaji..tenang je kepala otak yg serabut tu.. x payah jadi orang mcm dalam gambar ni, ape da g kuarkan otak, dah tu camne nak fikir?Hmm..Tapi kalau mengaji tu lagi bagus kalau tahu maksud, untungla orang yg dah memang tahfiz tu kan..sekurang-kurangnya bila dia mengaji dia tahu maksud setiap ayat2 Quran tu..

Hmm..idea da abes..bantal da memanggil sebenarnya..So, time to sleep..gudnite n salam bebeh=)






Saturday, 14 May 2011

Hari ini Hari Sabtu, Esok pula Hari Apa?

Hari ini 14 Mei 2011..Semalam 13 Mei 2011..first time aku wat blog ni..xde niat pon nak jd blogger ke hapa..aku saje je..aku memang minat menulis daripada dulu lagi..tp cuma xda peluang and kesempatan je (ceh, macamla bz sgt kan,.ini cuma alasan je)haha..

Aku ada kat umah lagi ni..esok 15hb nak balik Shah Alam semula..Ala,baru je dok bersukaria kat rumah seminggu, dah kene balik Shah Alam..UiTM dihatiku la katakan..huhu

Sempena 16 Mei ni aku nak ambik kesempatan ni utk ucapkan "selamat hari guru" utk sume guru-guru yg penah mengajar aku kat sekolah tadika,sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah...kalau cikgu2 sume x ajar saya..confirmla sy xdpt msuk universiti kan cikgu kan..cikgu musti bangga dapat anak murid mcm saya ni..ahaks~


sebut pasal universiti ni,tanggal 16 hb ni gak. aku akan g amik jubah konvo..hoho..setelah belajar sekian lama akhirnya konvo gak aku..tp selagi LLB ni x abes, memang xleh nak menarik nafas lega lagi..tp xpela..bak kata mak aku, "slow slow"..

so, 18hb ni maka konvola aku yang bernama asniza bt abd aziz..haha..maka, siapa nak g konvo aku nanti sila hadirkan diri anda pada sidang 7 sesi pagi konvokesyen kali ke berapa entah kat uitm shah alam hendaknya..kalau dah dtg tu, jgnla dtg tangan kosong pulak..paling tidak pon bawakla bunga ke teddy bear ke..huhu..demand pulak.. ok,siapa nak g sila angkat tangan mcm usop!!^_^