Pages

Sunday, 28 August 2011

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum.

Akibat takut tak berkesempatan untuk online kerana kesibukan membuat kuih raya, jadi saya dengan rasa rendah diri ingin memohon kemaafan kepada kawan2 blogger sepanjang perkenalan. Jika ada salah dan silap, haraplah dimaafkan. Kalau anda maafkan, ternyatalah anda ni cantik atau hensem orangnya *ehem*

Saya juga terpanggil untuk berpesan supaya janganlah main mercun,.meriam buluh atau segala jenis bahan letupan, Main bunga api atau mercun pop2 tidak mengapalah.haha

Maaflah tidak boleh berceloteh panjang, banyak tanggungjawab menanti, jemputlah datang rumah beraya ya.



Saturday, 27 August 2011

Ahli Dunia vs Ahli Kubur

Ahli Dunia: Yeahh, Ramadhan dah nak habis. Tak lama lagi dapat duit raya. Yeah! Yeah! Yehaaa :D

Ahli Kubur: Hah?! Da nak habis dah? Alaa, kena hambat lagi..adoilaaa, tak mau,tak mau T_T

cuba teka ni kubur siapa?

p/s: Di dalam keseronokan menyambut Aidilfitri,jangan dilupakan kepada mereka yang sudah tiada. Paling tidak pun sedekahkan al-Fatihah kepada mereka.

Thursday, 25 August 2011

Tips Menjawab Soalan Berkaitan Jodoh/Kahwin

Assalamualaikum.

Kepada yang single mingle, balik raya kat kampung halaman, mesti diajukan soalan2 berkaitan dengan kahwin dan jodoh oleh mak saudara, pak saudara atau sebagainya, lebih2 lagi kalau dah habis belajar dan dah menempuh alam pekerjaan. Jadi, bagaimana kita nak berhadapan dengan soalan cepucemas macam ni?

Jawapan jika ditanya tentang PERKAHWINAN:

KENAPA LAMBAT?=Kerana Allah tahu masa yang sesuai dan terbaik untuk saya.
SUDAH DIMILIKI? =Ya, kerana setiap orang telah ditentukan jodoh masing-masing.
SIAPA?=Nanti Allah izinkan, saya akan perkenalkan kepada semua.
BILA? =Bila kami dah disatukan, insyallah jemputlah datang walimatul urus saya nanti.


p/s:saya yang tak habis study lagi pun ada orang dah tanya bila nak kahwin.Huhu

Wednesday, 24 August 2011

TOLONG REVIEW BLOG SAYA

Assalamualaikum



*Sesiapa yang berminat untuk join segmen anjuran Kak Diana ni, boleh klik gambar di atas ya. Cuma khas untuk blogger yang ada follower 400 kat bawah macam saya ni. Huhu

Sebelum tu, nak ucapkan terima kasih kepada Kak Exora sebab tag saya. Saya rasa nak join segmen ni sebab saya nak hasil penulisan, nukilan saya kat blog ni dinilai dan kalau boleh dapat kritikan membina daripada kak Diana. Kalau nak diikutkan saya sangatlah baru dalam industri blogging ni, baru masuk 3 bulan. Saya akui penulisan saya masih banyak kelemahan.

Tapi terus terang saya cakap, saya tak kisah kalo tak ada follower ramai, asalkan ada orang nak baca entry2 saya yang tak seberapa ni. Huhu.Oklah panjang sangat dah membebel ni.Saya nak tag dua orang sahabat saya iaitu Farah Hani dan Aida Anisa.

Terima kasih daun bunga raya, boleh tak nak mintak duit raya?

p/s:Tarikh tutup segmen ni 10/9, sempatlah korang nak beraya duluu

Sunday, 21 August 2011

Hakikat Dunia

Salam alaik. Di sini terdapat sedikit PERINGATAN yang mahu dikongsikan bersama:

1. Jangan berbangga dengan kulit putih kerana kulit terakhir kita= TANAH LIAT
2. Jangan berbangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita= KUBUR
3. Jangan berbangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita=KAIN KAPAN
4. Jangan berbangga dengan kereta & motor besar kerana kenderaan terakhir kita=KERANDA
5. Jangan berbangga dengan minyak wangi berjenama, kerana wangian terakhir kita=KAPUR BARUS


Apa akan berlaku pada perkara2 di atas kelak?

1.Rupa dan tubuh yang cantik > tengkorak dan tulang belulang
2.Makanan yang sedap > najis
3.Kereta mahal/superbike>besi buruk
4.Baju mahal>kain buruk



Inilah hakikat dunia. Ia tidak kekal lama, manusia juga begitu. Hidup bukan untuk berpuas, hidup untuk berbakti kepada Yang Maha Esa. Aku bukanlah cerdik pandai yang ada pengetahun tinggi dalam ilmu agama,  kerana kita tak perlu nak jadi ustaz atau ustazah untuk sebarkan perkara2 baik. Ilmu yang ada sedikit selayaknya dikongsikan bersama.

p/s:renung-renungkan dan selamat beramal.





KAMI BLOGGER PRIHATIN

 Assalamualaikum.


Mari ramai-ramai tunjukkan keprihatinan kita sebagai manusia, lebih2 lagi sesama agama. Klik gambar di atas untuk turut serta.

Sedar tak sedar, kita sudah melewati 21 Ramadhan.Walaupun umat Islam menunaikan ibadah puasa, tapi setiap kali waktu berbuka, kita pasti dapat menikmati pelbagai juadah yang enak, lauk ayam pun dah cukup sedap. Tapi bagi orang2 di Somalia nak makan nasi pun belum tentu, apatah lagi nak menjamu lauk ayam.






Video di atas ni memang menyayat hati. Kita di Malaysia ni makan berbuka pun sampai berlebih-lebihan, siap ada berbuka kat hotel lagi, dan lebih sedih lagi kalau kita membazir, sampai makanan terbuang macam tu je. Mulai hari ini, janganlah kita membazirkan makanan dan ingatlah ada insan yang susah di luar sana yang menunggu bantuan kita.

Jika ada yang berminat untuk menderma sila ke laman web ini, http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

Friday, 19 August 2011

Sakit Itu Kifarah Dosa

Assalamualaikum.

Pemilik belog ini sedang mengalami kesakitan gigi tapi digagahi juga untuk menjenguk belognya, bimbang ditumbuhi sawang atau dalam erti kata lain sarang labah-labah. Nanti kalau sudah tebal sawangnya, sukar untuk dibuang.

Beliau juga sedang dan sering mengingatkan dirinya yang SAKIT itu merupakan satu peringatan kepada dirinya untuk lebih dekat kepada Allah dan SAKIT juga sepatutnya dapat meningkatkan keimanan sebab dapat menyedarkan dirinya akan hakikat kematian.

SAKIT gigi tiada apa-apalah jika hendak dibandingkan dengan SAKIT wanita nak bersalin atau SAKIT ketika menghembuskan nafas yang terakhir di mana penullis belog belum pernah merasainya lagi. Err..seram sebab beliau rasa beliau tak cukup bekalan amalan lagi.

Aduh, sakit gigiku!!

Doakan kesihatan penulis belog ya.Beliau nak pergi belogwalking katanya ^^

p/s: Da masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan.Apa yang banyak kita lakukan? Dengar lagu raya daripada pagi sampai maghrib? Ataupun shopping 19 helai baju raya?

Wednesday, 17 August 2011

Hikmah Terselit Di Situ

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Quran kepada kawan2 yang membaca. Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk menulis sepatah dua kata di sini. Tapi rasanya macam lebih je,,huhu tak apa lah kan.Bagaimana dengan ibadah puasa kita? Adakah masih sama seperti pada tahun2 yang sebelumnya? Atau ada sedikit perubahan dan peningkatan?

Aku mula terfikir ada hikmahnya cuti semester selama 4  bulan ni, masakan tidak, bayangkan kalau tiada cuti ni pasti aku akan bergelumang dengan segala jenis buku undang-undang (yalah sebab aku budak law) dan segala jenis kes untuk dihafal, nama kes pulak berbelit-belit, kalau nama orang Melayu boleh tahan lagi, ini nama yang pelik, macam Alfonso de Al Bukak ke? macam mana nak hafal? 




gambar sekadar hiasan-ehsan pakcik google







Satu lagi, kalau tiada cuti 4 bulan ni, pasti aku akan terkejar-kejar atau curi2 masa nak solat terawih.Mungkin tak dapat nak buat secara berjemaah, terpaksa buat bersendirian memandangkan jadual kelas yang sangat pack, dalam seminggu mesti ada 2 ke 3 kelas yang sampai malam. Hampir tersengguk-sengguk dibuatnya, walaupun kadang2 tu baru masuk waktu tengahari. Oh tak tahu letih pasal apa.Otak penat mungkin?

Jadi aku bersyukur sangat disebabkan cuti 4 bulan yang akan berakhir tak lama lagi ni, aku dapat duduk di rumah, tanpa perlu membaca apa2 buku berkaitan dengan undang-undang dan seangkatan dengannya. (Maafkan aku, aku tiada niat untuk menganaktirikan kau wahai buku)Aku bukan kejam, aku cuma nak merehatkan otak aku je *alasan*

Lagipun dengan adanya cuti ni, aku tidak perlu tergesa-gesa untuk bersolat, apatah lagi dalam menunaikan solat terawih dalam bulan puasa ni,boleh jemaah ramai2 kat surau, tak ke untung aku. Lagipun disebabkan cuti ni, dapat juga duduk rumah selama 4 bulan,boleh mak aku tengok muka aku ni sampai bosan.huhu. Tahun depan aku dah start kerja, inilah peluang yang ada untukku bermalas-malasan di rumah sebelum aku menempuh alam perkahwinan  pekerjaan. Chewah, doa-doakanlah ya.

Tapi memandangkan cuti yang bakal berakhir tak lama lagi,dan aku pun dah register subjects kat student portal tadi, adakah bermakna aku sudah bersedia untuk menempuh 1semester lagi pengajian di UiTM Shah Alam yang sangat tercinta itu?

Mungkin ya, mungkin tidak.Hanya aku yang boleh tentukan, setelah beraya sakan  sederhana pada 31 Ogos nanti.Oh serentak dengan hari merdeka rupanya.

p/s:aku happy sebab masih dalam mood cuti. anda pula bagaimana?




Monday, 15 August 2011

Siapa Yang Ada Ilmu Ikhlas??


Assalamualaikum.

Ikhlas? Apa itu ikhlas? Mari kita belajar tentang ilmu ikhlas. Cuba baca kisah kat bawah ni:



"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."


Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.



Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


Source*:www.iluvislam.com


Contoh senang macam inilah:

Situasi 1

Emak: Tolong mak basuh pinggan eh. Mak nak masak ni.
ABC: (basuh pinggan sambil membebel di dalam hati)

Dapat apa? Pahala tak ada, penat ada. Kalau ikutkan, setiap apa yang kita buat contoh buat kerja rumah pun kalau kita niat ikhlas kerana Allah Taala mudah-mudahan sekecil-kecil perbuatan pun diberi ganjaran pahala. Takkanlah basuh pinggan pun begitu membebankan, bukan suruh bancuh simen pun.

Situasi 2

ABD  :  Terima kasih Datuk kerana sudi nak dermakan RM2 Juta untuk kebajikan anak-anak yatim.
Datuk KKK   : Oh tak ada hal lah. Kalau setakat RM2 Juta tu kecik je bagi saya. Make sure nanti ada press(media) datang ye masa sesi serahan check tu.

Ok. Dah nampak RIAK kat situ. Kalau nak bersedekah atau buat amal jariah, tak perlu beritahu satu dunia, barulah nampak keikhlasan di situ. Janganlah tunjuk seolah-olah kita saja yang ada wang ringgit sebab bila2 masa saja Allah boleh tarik semua tu. Tak percaya ke?


Situasi 3

AADK: Saya IKHLAS cintakan awak ni.
AAA: ????

Berani betul bermain dengan perkataan ikhlas. Bukan kita yang tentukan sama ada kita ikhlas atau tak. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Wallahualam.

Fudhail bin Iyad berkata:

Meninggalkan amal kerana manusia adalah riak
Beramal kerana manusia adalah syirik
Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan daripada keduanya

p/s: Sedangkan orang gila pun tak mengaku dia gila, apatah lagi diri sendiri nak mengaku ikhlas? Ingat,bukan kita yang tentukan. 
p/ss: Jangan pernah buat sesuatu perkara semata-mata untuk mendapatkan balasan cuma, contoh  buat kerja rajin2 sebab nak bodek Boss atau pura2 jadi alim ulama sebab nak ngurat awek comel. SEKIAN.

Sunday, 14 August 2011

Ben Ajak Teka Lagi

Assalamuaikum.


Tengah berjalan-jalan ke blog Abg Ben tadi, aku terlihat keratan perkataan di bawah ini.cuba cekidaut:


Abg Ben suruh teka perkataan kat atas ni datang daripada buku yang mana. Agak2 korang daripada buku yang mana? Takkan buku yang bertajuk Jenazah atau Seni Pemikiran Kritis kan?



Sesiapa yang dapat teka dengan betul, blognya akan dipromote selama 2 jam. Aku saja-saja je join, lagipon tak ada buat apa ni.Sesiapa nak join sila klik di banner. Sekian, selamat malam.

Saturday, 13 August 2011

Membaca Jambatan Ilmu

Assalamualaikum


Apa buktinya kita mencintai ilmu? Mari bina sebuah perpustakaan mini di rumah tanda penghuni di dalamnya cintakan ilmu. Murah dan sangat simple. Kalau TV plasma 42 inci atau tv yang melekat kat dinding tu boleh ada di rumah, takkanlah tak ada langsung ruang untuk meletakkan buku kan.

Tapi perlu ingat, janganlah pula kita letak buku merepek dan tiada manfaat kat rak buku macam Majalah Mangga ke URTV ke..Itu semua bahan bacaan yang tiada manfaat pun. Buat bertambah dosa, berkurang pahala pulak.Sehubungan itu, baik kita check semula bahan bacaan kita, biarlah bermanfaat, jangan yang memberi mudarat. Paling bagus baca al-Quran bersama tafsirnya. Kalau selama ni kita asyik baca novel cintan cintun, cuba kita baca novel islamik pula. Kalau sayang duit nak beli buku2 macam tu, pinjamlah kat library. Sampai bila hidup ni asyik di takuk lama, takkan tak ada perubahan. Malu dengan Allah la,nampak sangat kita sibuk dengan dunia kan.

Aku bukan nak mengata korang tau. Aku pun nak buat perubahan jugak..So sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan. Moga dipermudahkan Mari kita penuhkan rak kita dengan bahan bacaaan yang bermanfaat. Cepat pergi beli rak.


style la rak ni


p/s:Dulu aku suka baca Majalah Ujang.Aku tau itu tak bermanfaat,huhu

Thursday, 11 August 2011

Kenapa Kita Asyik Merungut?

Salam alaik.

Pernahkah dalam hidup anda2 semua anda merungut, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja? Lihat situasi di bawah:

Situasi 1

Panasnya cuaca. Apsal panas sangat ni? Abes cair make up I....
(Dan ingatlah neraka lagi panas la, ini baru panas dunia)

Situasi 2

La,hujan pulak, tak kering la baju aku nanti,penat aku basuh 2 hari 1 malam baru siap....
(panas salah, hujan salah, hujan kan rahmat, lagipun yang basuh baju tu sebenarnya mesin basuh, bukan kau menyental pakai tangan pun)

Situasi 3

Apa ni, masak tak sedap ni, kurang garam, kurang kicap,kurang segala-galanyalah, aku masak lagi sedap daripada kau la! Hampeh
(bersyukurlah dengan apa yang ada, orang kat Afrika tu belum tentu makan, kau yang baru rasa tekak tawar sikit je dah complain bagai nak rak, kan bagus tawar, jaga kesihatan, janganlah masin sangat)

Situasi 4

Apsal kereta kat depan ni lambat sangat bergerak, da macam siput aku tengok. Dia tak tahu ke aku ni dah lambat nak g kerja, nanti bos marah aku, bukan marah dia.
(Dah kau yang keluar rumah lambat nak salahkan orang pulak, biarlah kereta depan tu nak gerak lambat macam kura2 tempang pun, dia bos takpelah)

Situasi 5

Berapa lama lagi kita nak dok kat rumah yang macam muzium ni, tak lama lagi nak runtuh pulak tu. Tak class la dok rumah macam ni
(Kalau macam tu, pindahlah kat muzium)


p/s:sekadar peringatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian, yelah manusia biase mana boleh lari daripada merungut ni. tapi kenalah cepat2 sedar, bersyukur sentiasa. Aku pun geram ni tengah taip2 entry ni, tetibe laptop mati,grrrrr...opss termerungut sudahhh


Wednesday, 10 August 2011

Emosi Dan Kontroversi

Assalamualaikum salam sejahtera. Kepada anda semua moga bahagia. Ewah menyanyi pula :))

Hari ni entry penuh emosi dan kontroversi.



Kadang-kadang dalam hidup ni berdiam diri adalah lebih baik

Sebab kadangkala semakin banyak bicara yang terbit dari bibir

Semakin banyak salahnya semakin banyak khilafnya



Kerana pulut santan binasa

Tak boleh nak buat pulut kuning dah

Kerana mulut badan binasa

Tak boleh nak mesra-mesra dah



Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Kerana mulut punya pasal susu dibalas tuba


p/s:Aku tak tahu apa aku merepek..kawan2 selamat berpuasa hari ke 10. Semoga hari2 yang anda lalui semakin ceria dan kita dapat pertingkatkan segalan amalan kita di bulan Ramadhan ni. Aku ingin menyepikan diri. Ceh tipu je ^^



Monday, 8 August 2011

Kisah LELAKI Tampan dan PEREMPUAN Cantik


Kau LELAKI tampan andai perintah TUHAN kau laksanakan


Kau LELAKI tampan andai sunnah NABI kau laksanakan


Kau LELAKI tampan andai solat FARDHU kau segerakan


Kau LELAKI tampan andai hati ROHANI kau jagakan


Kau LELAKI tampan andai agama ISLAM kau dakwahkan







Kau PEREMPUAN cantik andai perintah ALLAH kau lakukan


Kau PEREMPUAn cantik andai sunnah NABI kau turuti


Kau PEREMPUAN cantik andai solat FARDHU kau utamakan


Kau PEREMPUAN cantik andai hati ROHANI kau pertahankan


Kau PEREMPUAN cantik andai agama ISLAM kau dahulukan






p/s: suka gandingan mantap mereka berdua dalam Ketika Cinta Bertasbih. Eh, lupa pulak,tampan kan bakal suami aku? *Ehem*




Dugaan Menjadi Cik Iza

Selesai solat terawih....................

Seorang gadis ternampak karipap disediakan sebagai hidangan moreh pada malam itu. Dia lantas duduk menikmati juadah yang disediakan ditepi kaki lima surau.

"Wah,sedapnya karipap ni.Alhamdulilah"  Gadis itu menikmati karipap tu sambil menghirup air teh yang masih panas.

Tiba-tiba..

"Cik Iza, cik Iza" Siapa pulak panggil aku ni. Gadis itu lantas menoleh ke belakang.

"Oh korang rupanya. Nak apa? Cik Iza kan tengah makan ni" Gadis itu meneruskan suapannya.

"Jomlah balik, dah sepinggan Cik Iza makan karipap tu. Sudahlah tu" kata si Kecil, si Abang mengangguk setuju.

"oh, nak balik ehhh. Ok jom balik jom" kata si gadis sambil membungkus karipap ke dalam sehelai plastik yang disediakan.

Si Gadis mengharapkan perkara di atas berlaku, tetapi sebenarnya...........

Selesai solat terawih....................

"Ya Allah, mana budak2 ni, tak senang duduk dibuatnya"  si Gadis cuma memandang sepi pada air teh, karipap dan juadah lain yang disediakan. Hatinya mengenangkan anak2 saudaranya yang tidak kelihatan kelibat mereka  usai solat terawih tadi.

Janganlah hilang. Dahlah dah malam ni. Aku ni dahlah rabun. Pulak tu lupa diorang pakai baju warna apa. Si Gadis bermonolog dalaman.

Si Gadis tahu, dia tak boleh duduk diam lama di situ. Dia perlu menjalankan sedikit pencarian dan penyelidikan.

Dia cari di dalam surau, tak ketemu.
Dia cari di celah langsir, tak ketemu.
Dia cari di celahan pinggan, juga tak ketemu

Ke mana budak2 ni, entah dah balik tinggalkan aku? Ah, sudahh. Si gadis terus-terusan bermonolog. Last-last dia duduk bersandar di tepi surau tu. Konon penat melakukan pencarian.

Dia menoleh sekilas ke arah bawah khemah yang dijadikan tempat warga lelaki menikmati moreh. Saat itu ramai orang dah beransur pulang.

Dia cam 2 orang budak lelaki lengkap berkopiah sedang asyik makan karipap, rambutan dan macam-macam lagi. Leka budak 2 orang tu makan, tak hirau sekeliling pun. 

"Oh kat sini rupanya. Cik Iza cari daripada tadi tak jumpa.Dah, dah jom balik.Kenapa korang tak cari Cik Iza?" bebel si Gadis berdas-das sepanjang perjalanan.

p/s;lain kali nak bawak anak, anak saudara, anak menakan ke surau, masjid, shopping complex etc, sila pastikan pasang alarm pada badan mereka. Sekian.huhu



Sunday, 7 August 2011

GiveAway EdY : still beauty


Assalamualaikum

Oh aku join Give Away rupa-rupanya.*Blur* Sesiapa nak join sila klik kat banner kat atas ya. Hadiah sangat comel iaitu patung Angry Birds dan patung comel daripada Australia, korang kan suka main game Angry Birds.

Syarat2 nya ialah:
*Follow 2 link ni
http://edyzaiditravel.blogspot.com/ dan http://danielzaidi.blogspot.com

Terima kasih pada Wawa sebab tag aku.*Terharu* Insan bertuah yang aku nak tag adalah Farah Hani. Jeng jeng jeng.

Cepat2 join. Tarikh tutup sebelum 7 Ogos 2011 pada jam 11.59 malam.

Saturday, 6 August 2011

Gangguan Fikiran

Tersentak

Semasa tok imam membaca doa dan para jemaah mengaminkan bacaan beliau solat terawih tadi, tiba-tiba..

BOM!!

Opocot mak kau..

Oh rupa-rupanya ada kanak-kanak Ribena yang sedang beriang ria bermain mercun di halaman surau.

Kusangkakan meriam buluh!

"Siaplah kau budak!" kata seseorang di dalam hati dengan nada geram.

p/s;bukan aku,bukan aku XD

Friday, 5 August 2011

Bertambah Usia Bertambah Matangkah Kita? Tanda Matang Adalah Punya Teman Hidup dan Berkahwin?

Senyum
Suka
Sedih
Terharu

Pejam celik pejam celik sudah bertambah usia
Terasa seperti baru semalam aku bermain  tengteng di depan rumah
dan bermain kejar-kejar di belakang rumah


Teringat dulu sewaktu kecil aku bukan main nakal
Tapi nakal sedikit saja
Manakan sama nakal dengan pembaca semua
Maaf jangan tersinggung nanti kena jual

                                                                       








Puas dimarah puas dibebeli                                                       
Segala nyamuk segala unggas tak pernah dihirau
Menjelang senja baru kenal pintu rumah

Bila meniti remaja baru kenal erti malu erti segan
Tengteng ditinggalkan
Tiada lagi aksi kejar-mengejar bersama teman sepermainan
Sudah tuakah aku?

Ya aku kanak-kanak tua
Aku akui itu
Tapi aku tak pernah terlalu tua untuk memohon keampunan
kepada Yang Maha Esa
Yang menciptakan aku, engkau, dia ataupun mereka

Usia semakin bertambah
Tapi matangkah aku?
Mulut orang berkata anda matang jika anda sudah berpunya
ataupun sudah beranak-pinak
Fasa itu belumku tempuhi
Jadi tak matangkah aku?


Sudahlah jangan nak bertekak
Biarlah aku belum berpunya pun
Yang penting aku kepunyaan Allah
Dan aku juga dimiliki ibu bapaku
Mereka ternyata lebih berhak ke atasku







p/s:23 tahun.Adakah terlalu awal untukku mengakhiri zaman bujang ini? Ada sesiapa berkenan, sila hantar resume ^^

Thursday, 4 August 2011

Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum.

Alhamdulilah, 4 Ogos tahun Masihi ni genap umurku 23 tahun. Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menumpang hidup di bumi-Mu yang sementara ni.Lebih istimewa lagi tarikh lahir aku tahun ni jatuh dalam bulan Ramadhan.

Doa Hari Lahir



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.


Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. 
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. 
Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. 
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. 
Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. 
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku
Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.
Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. 
Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besarnya kasih Mu….
Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.

 Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq 
walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.


Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, 
kepada siapa lagi harus aku mengadu? 
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah
namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. 
Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. 
Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. 
Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. 
Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu.

Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba Mu ini.. 
pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna,
 tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar 
aku mampu meniti Titian Silatulmustakim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan
yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… 

Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan 
hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar.
Alam kubur itu benar
Hari Pembalasan itu juga benar
Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian
Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan
izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala,
untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. 

Aku ingin menjadi anak, ibu dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… 
Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!..
peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali Mu…

Terimalah pemohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

p/s:kematian makin dekat bila umur meningkat, tanggungjawab juga makin berat ^^

Tuesday, 2 August 2011

AngryBirds Oh AngryBirds

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa.

Apa habaq? Dalam beberapa hari ni, sejak dah tak berkerjaya ni, time aku lapang je mesti aku main 1 game ni. Aku ni jenis setia. Kalau aku main 1 game ni, aku main 1 game tu je sampai pengsan.

Kadang-kadang terdetik juga kat hati aku ni, bilalah cuti sem nak habis ni, lama sangat cuti sampai 4 bulan, boleh mati kutu dibuatnya. Tengok tu, tak bersyukur. Bila pihak universiti tak bagi cuti, bising, complain. Bila bagi, ha ambik kau cuti 4 bulan. Nasib baik haritu aku kerja sekejap, dapatlah meredakan kebosanan yang melanda diriku ini. Oh, aku bukan tak bersyukur, aku kan cuma manusia biasa. Manusia kan mudah lupa diri. *Gedik*

Ok sambung balik pasal cerita main game tu. Sebenarnya aku main game Angry Birds. Kalau dalam Bahasa Melayu maksudnya Burung-burung yang Marah. Tapi kenapa burung tu nak marah? Sebab telur burung tu dicuri haiwan lain yang tak bertanggungjawab iaitu khinzir. 



So, disebabkan itu, burung yang marah ni bertindak untuk melastik si pencuri telur burung ni. Disebabkan aku tak pandai terlalu pandai menggunakan lastik, maka aku stuck kat level 10 je..haha


Lepas tu, yang sakit hati main game ni,kalau kau stuck kat level tu, kau kena la cuba beratus kali utk lastik 'haiwan hijau' kat atas ni barulah naik level seterusnya. Pastu paling yang sakit hati, kalau kau tak dapat lastik 'haiwan hijau' tu mesti dia gelak sinis kat kau. $%^&^&*&@@+

Angry Birds: come on bebeh
Si Khinzir (kaler hijau): heheheheh

Huhu,pesanan kepada diri sendiri n orang lain yang turut sama bermain game Angry Birds ni, seriously game ni melekakan, semua game actually melekakan. Sebab selagi kau tak menang atau naik level seterusnya,kau akan naik geram dan akan menghabiskan masa depan PC atau laptop berjuang bermati-matian. Game punya pasal.

Game, game jugak. Puasa jangan lupa. Sesiapa yang nak game ni, pergi download sendiri ye, game ni pun aku ambik kat abang aku.

p/s:aku malas dah naik main game ni, lepas raya baru nak main kot.Entah.

Bulan Ramadhan yang Indah

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan datang lagi. Ia datang membawa seribu keberkatan kepada semua ummat Islam. Alhamdulilah, aku masih bernafas untuk melaksanakan tugasku sebagai seorang Islam. Masih sihat dan waras untuk menjalani ibadah puasa dan sebentar tadi berkesempatan melakukan solat sunat terawih secara berjemaah di surau berdekatan dengan rumah aku. Kenapa ayat ni macam skema je?Owh, abaikan.



Baru-baru ni dah tersebar luas kat internet mengatakan solat terawih yang kita kerjakan itu mempunyai kelebihan yang berbeza mengikut hari. Cuba tengok kat bawah ni. Kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali, tetapi ternyata merupakan hadis palsu.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Adalah diharapkan masyarakat Islam dapat menjalani ibadah puasa mengikut sunnah Rasulullah dan tidak berusaha untuk menyebarkan hadis palsu di atas ni. Elok2 dapat pahala bulan Ramadhan ni, tak pasal2 menambah dosa dengan sebarkan hadis yang tak benar,


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhari, Muslim) 




Sumber sini