Social Icons

Pages

Monday, 30 May 2011

Peliknya rasa ni..huhu

Assalamualaikum..

Hello peeps..

Setelah chat dengan seorang sahabat aku semalam tentang haiwan2 peliharaan yang ada kat rumah dia, tetibe aku nak sangat bela haiwan peliharaan atau pet ni..kwn aku siap senaraikan haiwan2 yang ada kat rumah dia..Haha..cuba lihat list ini:




Sweet pulak kucing ni dok 2 ekor je kan=)




Putih suci je arnab ni..Sesuci salju..huhu





Ayam yang berkaki ayam.Takkan ayam pakai crocs pulak..ahaks~




Err..aku tak lah pasti what type of tikus yang dia bela..so, aku berbaik sangka ajela, mungkin dia beli hamster agaknya..haha..sekali dia bela tikus rumah..erkkk..geli den..gelimat..haha:D




Okey, yang ini pelik..sahabatku, kau bela semut? Kalau macam tu, kat rumah aku pun ada..Jangankan aku, rumah orang lain pun ada, bahkan jiran-jiran tetangga aku pun ada..haha..dah sah takde kejela tu..






Hmm..tetibe aku teringat kat kucing terakhir yang aku pernah bela kat kampung dulu..namanya si tompok..gambar seperti di atas:


Tapi ini bukanlah gambar si tompok yang anda sangkakan sebab aku tak pernah ambil gambar dia pun..ni pun aku cari kat internet, inila satu-satunya gambar kucing yang look similar macam si tompokku..Owh, tapi sayang, si tompok sudah tiada di dunia lagi..mati entah di mana, aku pun tak tahu..sedih pulak=(

Hmm..agak2 kalau aku mintak seekor dua arnab daripada kawan aku dia bagi tak?tetibe rasa nak ada pet pulak..hehe:D






Saturday, 28 May 2011

idea??

Assalamualaikum semua..

Hmm..hari ini memang takde idea langsung nak menulis..Menulis ni bukan mudah, kena ada

1)masa lapang

2)fikiran tenang

Bila kita pikir2 balik pasal masa kan, kadang2 kita rasa 24 jam tu x cukup pon..kenapa ek?Sebab nampak sgtla dalam 24 jam tu kita x gunakan sebaiknya..sebab ape tau, kita kena pandang dari sudut yg positifla..mestila Allah cipta 24 jam sehari cukup punye utk manusia lakukan macam2..

kalau tido pon sampai 8 hingga 10 jam, dah ngalahkan baby..ok, bab tido ni pon aku ingatkan diri sendiri gak..siapala tak suka tido kan..nikmat wo tido especially time hujan..haha..STOP!!ok, back to business..

Hargailah masa,sepertimana kita menghargai wang ringgit


"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan mereka yg sering berpesan-pesan kepada kebenaran dan kebaikan-Surah al-asr


Hmm..bila aku fikir2 balik,dalam masa hampir 23 tahun aku hidup kat muka bumi Allah ni, kadang2 aku bukan jaga sangat bab masa ni..main hentam je, main ikut suka hati aku je..Tapi Alhamdulilah, tahun 2011 ni banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku n beri keinsafan kepada aku..Bak kata kawan aku,"slow2 kayuh, beb".

Haha..takpela..at least aku sedar..Anda bila lagi?

Kalo kita discuss pulak pasal second part iaitu fikiran tenang,hmm bila jela fikiran aku tenang kan?owh fikiran aku amat tenang bila takde exam..rase best gile..macam sekarang ni, almaklumlah cuti sem beb, pastu aku penjual anggur berjaya pulaks sekarang..bertambah bestla kehidupan akak ni..hehe

Tapi sebenarnya fikiran yang tenang tu boleh kita dapat kalau kita solat dengan khusyuk..tapi bukan semudah nak cakap je beb..at least cubalah..aku pon tgh cuba ni..seorang sahabat pernah berkata pada aku, kalau kita masukkan dunia dalam hati, lama2 dalam solat pon teringat kat dunia.Dunia oh Dunia...berani kau masuk dalam hati aku(monolog dalaman)..

gambar sekadar hiasan belaka






















Owh , takpon ko mengaji..tenang je kepala otak yg serabut tu.. x payah jadi orang mcm dalam gambar ni, ape da g kuarkan otak, dah tu camne nak fikir?Hmm..Tapi kalau mengaji tu lagi bagus kalau tahu maksud, untungla orang yg dah memang tahfiz tu kan..sekurang-kurangnya bila dia mengaji dia tahu maksud setiap ayat2 Quran tu..

Hmm..idea da abes..bantal da memanggil sebenarnya..So, time to sleep..gudnite n salam bebeh=)






Saturday, 21 May 2011

Mari Mengaji=)

Salam..


Di sini aku ingin kongsi mengenai Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة)Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.








 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

 "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين     

  "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

       ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم              

  "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

       مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين                 

 "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ     

  "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

  ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ  

  "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

   
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

 "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)   orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

Sesungguhnya surah ini menjelaskan mengenai kebesaran Allah dalam menguasai hari pembalasan. Subhanallah. Aku bukanlah alim sangat tapi aku berharap sekurang-kurangya kita umat Islam tahu apa maksud di sebalik ummul kitab ni, bukan sekadar membaca dan menghafalnya.



Sekian..










Thursday, 19 May 2011

Konvo Pertama=)

Assalamualaikum=)

Alhamdulilah, konvo pertama aku dan kawan2 BLS da pon selesai semalam..konvokesyen sesi pagi memang betul2 menguji kesabaran kami..manakan tidak..keluar saja daripada dewan semalam..panas mentari yang terik dah pun menunggu kami(haha tersastera pula)..biasela kalau da nama pon sesi pagi mestila abes tengahari..xkanla keluar2 dewan tetiba salji pulak..kalau camtu nampak benar menipunya..haha

Owh lupa pulak nak cerita apa yang terjadi sebelum tu..

Saturday, 14 May 2011

Hari ini Hari Sabtu, Esok pula Hari Apa?

Hari ini 14 Mei 2011..Semalam 13 Mei 2011..first time aku wat blog ni..xde niat pon nak jd blogger ke hapa..aku saje je..aku memang minat menulis daripada dulu lagi..tp cuma xda peluang and kesempatan je (ceh, macamla bz sgt kan,.ini cuma alasan je)haha..

Aku ada kat umah lagi ni..esok 15hb nak balik Shah Alam semula..Ala,baru je dok bersukaria kat rumah seminggu, dah kene balik Shah Alam..UiTM dihatiku la katakan..huhu

Sempena 16 Mei ni aku nak ambik kesempatan ni utk ucapkan "selamat hari guru" utk sume guru-guru yg penah mengajar aku kat sekolah tadika,sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah...kalau cikgu2 sume x ajar saya..confirmla sy xdpt msuk universiti kan cikgu kan..cikgu musti bangga dapat anak murid mcm saya ni..ahaks~


sebut pasal universiti ni,tanggal 16 hb ni gak. aku akan g amik jubah konvo..hoho..setelah belajar sekian lama akhirnya konvo gak aku..tp selagi LLB ni x abes, memang xleh nak menarik nafas lega lagi..tp xpela..bak kata mak aku, "slow slow"..

so, 18hb ni maka konvola aku yang bernama asniza bt abd aziz..haha..maka, siapa nak g konvo aku nanti sila hadirkan diri anda pada sidang 7 sesi pagi konvokesyen kali ke berapa entah kat uitm shah alam hendaknya..kalau dah dtg tu, jgnla dtg tangan kosong pulak..paling tidak pon bawakla bunga ke teddy bear ke..huhu..demand pulak.. ok,siapa nak g sila angkat tangan mcm usop!!^_^