Pages

Monday, 15 August 2011

Siapa Yang Ada Ilmu Ikhlas??


Assalamualaikum.

Ikhlas? Apa itu ikhlas? Mari kita belajar tentang ilmu ikhlas. Cuba baca kisah kat bawah ni:



"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."


Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.



Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.


Source*:www.iluvislam.com


Contoh senang macam inilah:

Situasi 1

Emak: Tolong mak basuh pinggan eh. Mak nak masak ni.
ABC: (basuh pinggan sambil membebel di dalam hati)

Dapat apa? Pahala tak ada, penat ada. Kalau ikutkan, setiap apa yang kita buat contoh buat kerja rumah pun kalau kita niat ikhlas kerana Allah Taala mudah-mudahan sekecil-kecil perbuatan pun diberi ganjaran pahala. Takkanlah basuh pinggan pun begitu membebankan, bukan suruh bancuh simen pun.

Situasi 2

ABD  :  Terima kasih Datuk kerana sudi nak dermakan RM2 Juta untuk kebajikan anak-anak yatim.
Datuk KKK   : Oh tak ada hal lah. Kalau setakat RM2 Juta tu kecik je bagi saya. Make sure nanti ada press(media) datang ye masa sesi serahan check tu.

Ok. Dah nampak RIAK kat situ. Kalau nak bersedekah atau buat amal jariah, tak perlu beritahu satu dunia, barulah nampak keikhlasan di situ. Janganlah tunjuk seolah-olah kita saja yang ada wang ringgit sebab bila2 masa saja Allah boleh tarik semua tu. Tak percaya ke?


Situasi 3

AADK: Saya IKHLAS cintakan awak ni.
AAA: ????

Berani betul bermain dengan perkataan ikhlas. Bukan kita yang tentukan sama ada kita ikhlas atau tak. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Wallahualam.

Fudhail bin Iyad berkata:

Meninggalkan amal kerana manusia adalah riak
Beramal kerana manusia adalah syirik
Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan daripada keduanya

p/s: Sedangkan orang gila pun tak mengaku dia gila, apatah lagi diri sendiri nak mengaku ikhlas? Ingat,bukan kita yang tentukan. 
p/ss: Jangan pernah buat sesuatu perkara semata-mata untuk mendapatkan balasan cuma, contoh  buat kerja rajin2 sebab nak bodek Boss atau pura2 jadi alim ulama sebab nak ngurat awek comel. SEKIAN.

35 comments:

mocha~ said...

wah yang dialog tentang batu tu best!

aiman said...

best.. tq.. susah nak ikhlas ni.. tp kena la bykkan latihan..

kaizen said...

terbaik la entry ni...

fa-in said...

betul tu..
best entry ni.
syaitan sgt benci org yg ikhlas, jd jom ikhlas selalu :)

asnizaziz said...

@mocha:itulah, analogy yg baik utk mgambarkan kalo kte buat kerja tak ikhlas, ibarat mengangkat batu2 yg berat je..

@aiman:mmg susah nak ikhlas, nawaitu penting.

@kaizen:sekadar mengingatkan diri sendiri juga :)

@fa-in:jom :)

::Cik Pija:: said...

kita cakap je ikhlas, padahal hati masih berat lagi. huhuhu, thanks ya atas perkongsian ni. bulehla sama2 kita blaja m'ikhlaskan diri :D

[sutera kasih] said...

cerita pasal batu & ikhlas tu bagus..byk pengajaran..

sakurasue said...

terbaekkk~~~hehe

cik tehaa said...

tingat orang ckp.. iklas ni seperti semut hitam di batu hitam di malam yang gelap.. susahnya nak menilai keiklasan diri even orang lain kan..

asnizaziz said...

@syaza:sama2 ambil pengajaran :)

@sakurasue: :)

@ciktehaa:hanya Allah je yg boleh menilai

Luqeem™ said...

susah nk ikhlas ni..kita sendiri pn xtau sama ada kita ikhlas ke x..

JIJI YU said...

haaa panjang ni..aku simpan stok malam ni plak

Syuxer said...

satu perkongsian yang menarik untuk dibaca..ikhlas harus dimiliki oleh jiwa yang zuhud..kalau tak riak akan membakar amal ibadah kita..:)

asnizaziz said...

@luqeem:betul tu, mmg susah

@JIJI:simpan stok?? @@

@syuxer:benar tu, riak ibarat api yg mbakar segala amalan kte,last2 xdpt pape sbb da hanguss..

iMBobo said...

masa kecik2 slalu gak mcmtu, bila mak suruh p kedai mesti minta upah pastu tye dpt pahala x hehe..skrg dah phm hehe

dill said...

ikhlas dalam apa jua yang kita buat :)

dill.

Pesona Algebra said...

Terbaik!!

hamzah ian said...

ikhlas tu penting

daylachan said...

susah nk cari keikhlasan itu zaman skg....^^

asnizaziz said...

@imBobo:biasela mase budak2 dlu kte mmg xfhm psl ikhlas2 ni..

@dill:betull tu :)

@pesona algebra: :)

@hamzah ian:mmg pntingg

@daylachan:mmg susah nak jumpe sbb kbanyakn manusia hipokrit.

airaniez wirdani said...

Nice story to share. =)
Kadang2 kita pun tak tau apa yg kita buat tu Allah terima ke tak kan.Apa yg pnting jangan berhenti buat benda baik.Macam *share* cerita2 begini. ^_^

p/s: Teringat cerita *Kiamat sudah dekat*. Pak imam suruh cari *ilmu ikhlas* kalau nak kawen dgn anak dia..huhu

senyumSOYA said...

heheh..pernah tanya kat senior cmna nak ikhlas belajar sebab kita tak suka ngn kos kita amik tu..hehhehe..

satu dewan gelak..^^!

Hami Asraff said...

Alhamdulillah. Terima kasih berkongsi cerita begini. Banyak manfaatnya. Moga kita terus ikhlas even dalam berblogging :)

IeDa said...

wah, bnyk betul cerita2 best.. plg bnyk jumpa pasal bg derma bg kt semua org tu.. plg meluat..

asnizaziz said...

@airaniez:sy pon suka cte 'kiamat sudah dekat' tuu..

@senyumSOYA:mmg susah nak ikhlas kalo kte bdpn dgn benda yg kte x suka, tapi x salah mencuba kan..

@Hami Asraff:insyallah..terima kasih atas ingatannya :)

@ieda: itulah realiti yg berlaku dlm msyrkt kte T_____T

G3-lina said...

THANKS FOR THE ILMU~~~


link anda ada d sini.

http://gadisgula-gula.blogspot.com/2011/08/mereka-bloggers-express.html

sila la usha kalau free

ENCIK TIKUS said...

dalam bidang penulisan pun ikhlas itu perlu.. mantap story nie.. terima kasih sudi berkongsi..

Edy Zaidi said...

insaf jap...hehe

Solihin Zubir said...

hoho.. mmg susah sbnrnya nk dptkan keikhlasan ni..

jaya jr said...

hebat tok guru lame2 ajar murid..skang ni xtau ade ke tak tok guru macam ni..huuu

asnizaziz said...

@G3 lina:sama2..terima kasih kembali :)

@encik tikus:insyallah..sesama :)

@edy zaidi:hehe..jgnlah kejap je :p

@SZ:hoho. tau takpe :D

@yaya jr;susah nak jumpe tok guru cmni T____T

Sarah Syahira said...

setuju. bukan diri sendiri yang tentukan ikhlas atau tak. bukan keje kita yang nak menilai diri sendiri. hanya Allah yang tahu,

amna said...

terima kasih.. belajar sesuatu hari ini ^^

asnizaziz said...

@SS:hanya Allah yg tahu :)

@amna:kita belajar sama2 :)

pengemis Cinta~ said...

Alhamdulillah..ikhlas milik Allah..kita hanya mampu menterjemah dalam kehidupan seharian;)