Pages

Friday, 8 July 2011

Di Sebalik Tabir

Assalamualaikum wbt kepada sudi nak membaca apa yang aku bakal bebel sebentar lagi.

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Di dalam bahasa Arab dikenali sebagai sayyadul ayyam. Dan hari Jumaat ni sangatlah bererti bagi aku sebab hari ni first day aku kerja setelah beberapa bulan duduk tercongok tanpa berbuat apa-apa demi untuk menghabiskan cuti sem paling lama di dekad ini.

Aku adalah manusia yang paling tak berapa produktif semasa cuti. Macamlah time tak cuti aku profuktif sangat. Uhuk2, terbatuk pulak. Terasa.Ok, dipendekkan cerita, abis exam hari tu bulan 5 dan sekarang bulan 7, baru aku dapat kerja main-main. Isy, aku ni, mana ada kerja main-main. Walau apa pun kerja yang diberikan kepada kita, kita kena buat dengan bersungguh-sungguh dan profesional,sebab aku kan profesional.Ok, aku perasan aku ni memang perasan orangnya.

Disebabkan aku tak reti menggunakan apa-apa jenis kenderaan yang ada kat rumah aku ni, jadi abah aku lah yang TERPAKSA menghantar aku ke tempat kerja. Menyusahkan betul la aku ni. Abah pun da pencen, so apa salahnya hantar aku kan.Hehehe. Daripada aku menghabiskan beras dan berhibernasi je baik aku keluar mencari rezeki. 

Early birds catch the worm. Maksudnya di waktu pagi la kita kena keluar mencari rezeki, bukan bila matahari dah terpacak di atas kepala baru kau nak bangun(peringatan buat diri sendiri sebenarnya). Dan of course la pagi2 buta abah dah gi hantar aku, time adik aku pun sibuk gak nak g sekolah.

Allah berfirman,"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung" [al Jumuah: 10]

So, sesiapa yang takde kerja lagi tu, pergilah cari kerja sementara dulu, sementara nak tunggu kerja betul2.At least lepas duit untuk beli jajan kepada diri sendiri.Kerja aku agak penat sikitlah, lutut pun dah longgar2 sebab berdiri lama. Mengadanya aku, berdiri lama sikit pun tak boleh. 

Tapi aku suka kerja ni, Masuk pagi, pastu balik tengahari. Lepas tu tadi boss da kasi gaji untuk hari ni.Yeah, petang boleh pergi pasar malam.Huhu.Yang paling best, sabtu n ahad cuti.


Okey, aku kerja ape ek? Adalah. Kerja di sebalik tabir je.^_^

4 comments:

nourelcahaya said...

owh..bagusnya dah keje..congrate telah berhijrah meninggalkan sedentary lifestyle

airaniez wirdani said...

bagusla dah ada inisiatif nak kerja dulu.Kalau tak rasa ssh,mcm mn nak menghargai rasa *senang* kan? ^_^

Here's my tips for you.

http://airaniezlife.blogspot.com/2011/02/nota-persediaan-pelajar-sebelum-menjadi.html

cik tehaa said...

org di balik tabir tu lagi penting tau! :)

asnizapunye said...

hehe.thanks sume :)