Kerja, jangan tak kerja. Huhu.Sekejap je masa berlalu tetibe dah hari jumaat, seminggu dah aku kerja ni. Macam2 pengalaman aku dapat. Walaupun gaji tak seberapa, tapi pengalaman tu yang mahal harganya. Mungkin sesetengah orang tak mungkin akan susah payah kerja mcam aku ni kalau da ada degree. Kan? Tapi aku ada degree boleh je kerja macam ni. Takde hal punye. ^_^
![]() |
inilah kerjaya aku buat masa sekarang memang betul2 kerja di sebalik tabir kan? |
Tapi aku kerja pada asalnya sebab:
Pertama
Aku memang nak isi cuti 4 bulan ni dengan perkara berfaedah, contohnye bekerja,berkebun dan mungkin tidur.zzz
Kedua
Aku nak duit, memanglah duit bukan segala-galanya, tapi dalam hidup ni banyak benda nak pakai duit, sabar jela kan.
Ketiga
Ada sebab lagi ke, rasanya dah takde. Mungkin semua sebab di atas kot. (Bunyinya da macam jawab soalan peksa)
Wah, jangan pandang sebelah mata ye orang yang kerja cuci pinggan kat kedai tu, kerjaya tu betul2 mencabar. Berdiri berjam2 membasuh pinggan mangkuk dan segala periuk belanga menuntut kesabaran dan keikhlasan di situ. Macam yang aku cakapkan sebelum ni,walau apa kerja yang diberikan kepada kita sama ada cuci pinggan ke, cuci jamban tandas ke, kita kena lakukan betul2, kena lakukan dengan ikhlas kerana Allah. Kalau kau buat tak kerja tak ikhlas, penat lelah kau sia-sia je.
Itu belum masuk tangan, jari-jemari yang sedikit tercedera dan tercalar sewaktu bertugas kat dapur. Jangan main2. Jangan nak mengharapkan tangan yang licinlah kalau dah duduk dapur.Fahamlah maksud aku kan? Pagi tadi aku terpegang pisau, biasela keluar cecair warna merahla, takkan keluar cecair putih, aku bukan Mahsuri.hehe. tapi tugas perlu diteruskan. Takde hal punya.
Sepanjang aku kerja ni, biasa sangat diketemukan dengan si baju hijau yang tak sabar2 bila part makan dan minum ni. Aku ingat diorang ni berdisiplin tapi bile masuk part makan dan minum ni tak reti nak menyabar. Kang aku suruh kawad baru tahu.Huhu
Tapi itulah aku nak pesan kat diri sendiri dan orang lain juga yang kita kena ada sikap hormat kat orang lain, even dia tu tukang masak ke, cuci pinggan ke, tukang kebun ke etc. Hormat sebagai manusia. Jangan disebabkan orang tu tak berpangkat, tak berharta kita cenderung untuk memandang orang seperti ni sebelah mata je. Ya, aku tak nafikan, ada yang perlekehkan aku. Aku tak peduli, asalkan aku buat kerja halal dan tak menyusahkan orang lain.
Wah, entry ni macam emosi pulak ye.Ok, peace ya.
4 comments:
sekarang susah nak dapat keje..kena keje apa y ada jer..
uuuuuuuuuuuuu
uuuuuuuuuuu tu maksudnya apa?
uuuuuuuuuu tu maksudnye kite mengiyakan komen ain..hehe..sepatutnye ooooo
Post a Comment