Pages

Wednesday, 1 February 2012

Interview, Interview & Interview

Assalamualaikum.

Fuhhhhh. Berhabuk belog ni sebab lama tak update. Bersawang jadinya. Disebabkan lama sangat tak berbelog, baru perasan shoutbox kat tepi ni tak berfungsi dah. Tak tahu camna nak repair. Ada sesiapa tahu?

Hari Isnin haritu bersamaan dengan 30 Januari 2012, aku telah menghadirkan diri untuk satu interview. Interview untuk chambering katanya. Chinese firm.Tapi ok je walaupun mula-mula tu, tak jumpa pintu nak masuk dalam firm tu. Cuak, takkanlah firm ni masih cuti CNY lagi kan.

Pusing punya pusing,rupanya ada pintu kaca, tapi kena tekan loceng dulu. Kalau tak tekan loceng, pintu tu takkan terbukak dengan sendirinya. Jakun sekejap.

Borak punya borak, master aku suruh masuk chambering start 1 Mac ni sementara menantikan result keluar pada pertengahan Februari ni. Sebulan lagi ooo. Mati kutu dibuatnya duduk rumah lama-lama sebab dah biasa busy. Kononnyalah. Ada sesiapa nak ambik aku bekerja sebulan ni? Hehehe.Mesti takde kan.

Tapi,seriously, berbelah bahagi sebab selalu ada rasa taknak chambering and taknak jadi lawyer, habis tu nak jadi apa? jadi manusia la.Asalkan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara la kan.

sebenarnya banyak perkara perlu dipertimbangkan. kalau chambering ambil tempoh 9 bulan. barulah qualified sebagai lawyer. tapi gaji sikit je, eh dia tak panggi gaji, dia panggil elaun. tapi kalau dah start kerja tetap, insyallah stabil la sikit. Malulah tahun ni umur 24, tapi mintak duit kat mak lagi.ngeh2.


“You only live once, but if you do it right, once is enough.” 



p/s;Doakan yang terbaik. Sabtu ni ada exam kerja kerajaan. Kalau pass insyallah dipanggil interview dan diserapkan.

Monday, 28 November 2011

Exam is Coming Soon!

Assalamualaikum wbt...kepada kawan2 yang akan menduduki peperiksaan..ingin saya di sni juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan ingin berkongsi sedikit amalan2 untuk mereka yang bakal menjawab peperiksaan...

Mulakan setiap usaha dengan Bismillah

بسم الله الر حمن الر حيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Doa penerang hati

أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat

dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha

Pengasih lagi Maha Penyayang

- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di

bilik peperiksaan. -


Doa apabila terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -


Doa minta tambah ilmu

آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا

Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat

dengan ilmu yang engkau kurniakan kepadaku,

Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna

untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan

- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -


Doa mendapat petunjuk

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati

kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berikanlah

rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi

-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa

mendapat petunjuk. -


Doa mudahkan hafalan

آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ

وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ

Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan

hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang

menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai

Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan-
Btw, saya exam bulan 1, tapi test dan assignment berlonggok bulan 11 dan 12 ni.Hee

Thursday, 27 October 2011

Kesibukan dan Anda

Assalamualaikum.

Sepanjang 7 minggu pengajian bermula ni, saya cuma sempat mengupdate blog 2 ke 3 kali je. Makanya blog ni hampir-hampir bersawang jadinya. Nak blogwalking pun tak sempat, sempat pun jeling2 je. Ni pun curi2 masa.

Pernah satu ketika, sampai terlupa hari. Hujung minggu ke tak hujung minggu, jadual penuh. Nak basuh kain baju pun tak sempat #CehAlasan.

Sejujurnya saya merindui rumah. Bukan rumah (to be exact) tapi isi rumah, mak, abah dan adik-adik. Haishh, dah besar2 macam saya ni pun homesick. Saya rindu nak makan lauk asam pedam air tangan mak saya. Saya rindu nak makan roti canai adunan mak saya. Saya rindu katil saya. Saya rindu kelajuan internet di rumah. Saya rindu borak2 macho dengan abah saya. Saya rindu nak gaduh dengan adik-adik saya.



Saya rindu. Huarghh,bila nak cuti ni?

Tiada mood untuk menyelak buku. Semua test(ujian) kena dihadapi sebelum cuti mid term bermula minggu depan. Setakat ni, baru jawab 2 paper iaitu, Advanced Criminal Procedure II dan juga Advanced Civil Procedure II. Sabtu ni pula ada test Law of Evidence II dan pada hari ahad pula mid term exam untuk subjek Bahasa Melayu. Kan, saya mana ada hujung minggu. Semua penuh. So, tak payah nak ajak saya date time tu.
Ok saya mengarut.

Tapi bagus juga hujung minggu penuh kalau tak saya akan melakukan aktiviti lagha di bilik, seperti berhibernasi secara berlebihan ataupun menonton movie di laptop secara marathon. Malas nak keluar sebab panas, nanti muka sunburn macam fa-in.haha

p/s: wish me luck for this incoming tests! Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Insyallah.