Pages

Thursday, 27 October 2011

Kesibukan dan Anda

Assalamualaikum.

Sepanjang 7 minggu pengajian bermula ni, saya cuma sempat mengupdate blog 2 ke 3 kali je. Makanya blog ni hampir-hampir bersawang jadinya. Nak blogwalking pun tak sempat, sempat pun jeling2 je. Ni pun curi2 masa.

Pernah satu ketika, sampai terlupa hari. Hujung minggu ke tak hujung minggu, jadual penuh. Nak basuh kain baju pun tak sempat #CehAlasan.

Sejujurnya saya merindui rumah. Bukan rumah (to be exact) tapi isi rumah, mak, abah dan adik-adik. Haishh, dah besar2 macam saya ni pun homesick. Saya rindu nak makan lauk asam pedam air tangan mak saya. Saya rindu nak makan roti canai adunan mak saya. Saya rindu katil saya. Saya rindu kelajuan internet di rumah. Saya rindu borak2 macho dengan abah saya. Saya rindu nak gaduh dengan adik-adik saya.



Saya rindu. Huarghh,bila nak cuti ni?

Tiada mood untuk menyelak buku. Semua test(ujian) kena dihadapi sebelum cuti mid term bermula minggu depan. Setakat ni, baru jawab 2 paper iaitu, Advanced Criminal Procedure II dan juga Advanced Civil Procedure II. Sabtu ni pula ada test Law of Evidence II dan pada hari ahad pula mid term exam untuk subjek Bahasa Melayu. Kan, saya mana ada hujung minggu. Semua penuh. So, tak payah nak ajak saya date time tu.
Ok saya mengarut.

Tapi bagus juga hujung minggu penuh kalau tak saya akan melakukan aktiviti lagha di bilik, seperti berhibernasi secara berlebihan ataupun menonton movie di laptop secara marathon. Malas nak keluar sebab panas, nanti muka sunburn macam fa-in.haha

p/s: wish me luck for this incoming tests! Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Insyallah.

Friday, 14 October 2011

Wordless Friday: Syariah Law vs Civil Law

Friday, 30 September 2011

Zaman Dulu & Kini Takkan Pernah Sama

 Budak2 yg lahir pd thn 80/90an mesti ingat mase sekola rendah dulu: -

* kat sekolah ade salesman jual buku cerita. hari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku. .
* pakai pensel box yang bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, sayang nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning panjang.
* bulu ayam jd ramping kerana sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jadi idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. 


Budak2 zaman sekarang x smpt layan bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2. Rindu nak balik zaman kanak-kanak.Masa tu pakai tudung senget-benget pun nampak cute. Tapi kalau dah besar panjang pakai tudung senget-benget, lagila nampak cute kot,huhu

p/s:copy daripada seorang kawan di mukabuku.